(Bergambar) Doa Untuk Suamiku Tercinta, Kata dan dari Al Quran

Doa Agar Suami Setia

Cadangan ejaan rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) – Surah Ali Imran, Ayat 200

(Bergambar) Doa Untuk Suamiku Tercinta, Kata dan dari Al Quran

Doa Pengikat Kasih Sayang

Cadangan ejaan rumi: Subhaanalladzii khalaqa lazwaaja kullahaa mimmaa tunbitul ardhu wamin anfusihim wamimmaa laa ya’lamuun.

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”. – Surah Yasin, ayat 36

(Bergambar) Doa Untuk Suamiku Tercinta, Kata dan dari Al Quran

Koleksi Doa Selamat dan Murah Rezeki

Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kesihatan yang baik buat suamiku. Ringankanlah bebanannya untuk menanggung segala kesakitan yang dialami olehnya ya Allah. Dan aku memohon keampunan dari-Mu kerana sesungguhnya, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun.

(Bergambar) Doa Untuk Suamiku Tercinta, Kata dan dari Al Quran

Doa Pengasih

Cadangan ejaan rumi: Yaa ayyuhaa alnnaasu innaa khalaqnaakum min dzakarin wauntsaa waja’alnaakum syu’uuban waqabaa-ila lita’aarafuu inna akramakum ‘inda allaahi atqaakum inna allaaha ‘aliimun khabiirun

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” – Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Baca: (Rumi & Jawi) 20 Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma

Ya Allah, Tuhan kepada umat manusia, aku memohon kepada-Mu, untuk melenyapkan segala penyakit yang ada pada suamiku. Berikanlah dia kesihatan yang baik agar boleh kembali beribadah kepada-Mu seperti sedia kala. Sesungguhnya Engkau Penyembuh untuk segala penyakit.

Ya Rabb, Jika suamiku adalah yang terbaik buatku, maka, jauhilah aku daripada melakukan perbuatan dan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya. Dan permudahkanlah urusannya dalam membimbing keluargaku agar kami semua memperoleh rahmat dan keberkatan dari Mu ya Allah.

(Bergambar) Doa Untuk Suamiku Tercinta, Kata dan dari Al Quran

Doa Agar Suami Tidak Curang

Cadangan ejaan rumi : Inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin

Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. – Surah Yusof, ayat 4

Baca: Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas – Rumi

Doa Agar Suami Sentiasa Jujur

Cadangan ejaan rumi : Wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain

Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan daripada kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. – Surah Taha, ayat 39

Dao Agar Suami Tiada Niat Kahwin Lain

Cadangan ejaan rumi : Qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – Surah Ali Imran, Ayat 31

Carian Berkaitan: Doa Untuk Suamiku Doa Untuk Suamiku