Contoh Ucapan Penghargaan Kepada Guru

Contoh Ucapan Penghargaan Kepada Guru

Disini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah kerana telah banyak membantu dan mendidik saya selama ini.

Saya bersyukur menjadi salah seorang murid cikgu. Bukan hanya ilmu sahaja yang cikgu berikan, tetapi nasihat dan didikan cikgu jugalah yang membentuk karakter saya kini. Tidak ada yang boleh saya berikan sebagai penghargaan selain ucapan jutaan terima kasih setinggi langit.

Baca: Koleksi & Contoh Ucapan Tahniah Konvokesyen

Terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah cikgu curahkan demi mencerdaskan anak muridmu di sekolah.

Terima kasih guruku. Jasamulah saya boleh sampai pada titik ini. Guru yang tidak pernah lelah memberikan pengajaran terbaik kepadaku. Semoga engkau selalu dalam lindungan Yang Kuasa

Baca: Meruntun Jiwa – Doa & Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

Ada banyak hal yang telah cikgu tanamkan kepada Kami untuk menjadi orang yang baik dan berilmu. Saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah membimbingku sejak kecil.

Jutaan terima kasih diucapkan kerana begitu tekun dan sabar memberi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar kepada saya selama ini tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu dalam melayan karenah dan ragam saya yang pelbagai ini. Jasa kamu semua pasti akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih untuk semua jasa dan kebaikan cikgu selama ini. Semoga Tuhan selalu mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada cikgu.

Contoh Ucapan Penghargaan Kepada Guru Contoh Ucapan Penghargaan Kepada Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *