Deraf / Contoh Ucapan Persaraan Ringkas

Ucapan Persaraan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, saya akan bersara wajib daripada Perkhidmatan Kerajaan mulai esok, [Tarikh], setelah berkhidmat di Jabatan Pertanian selama XX tahun XX bulan dari [Tarikh] ke hari ini.

Sehubungan itu, saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan berbanyak terima kasih kepada semua warga kerja dari pelbagai peringkat di atas segala kerjasama erat, sokongan padu, bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai [Nama Jawatan] selama XX tahun XX bulan. Jazakullaukhair.

Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf diatas segala kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan dan hati sesiapa sahaja samada secara sedar atau tidak sedar di sepanjang perkhidmatan saya.

Baca: Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Saya doakan agar usaha YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk meningkatkan sistem penyampaian [Nama Agensi] dipermudahkan Allah swt. Doa saya juga semoga ALLAH swt dengan Rahmatnya melindungi kita serta mencurahkan taufiq dan hidayah serta dikurniakan kesihatan terbaik. Ameen.

Adalah menjadi harapan agar hubungan sillaturrahiim akan tetap berterusan dan terjalin erat. Semoga segala sokongan, bantuan dan kerjasama yang terjalin akan dapat diteruskan kepada kepimpinan baru nanti.

Selamat maju jaya dalam apa jua lapangan. Semoga [Nama Agensi] terus relevan dan cemerlang seterusnya menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Baca:  Contoh Ucapan Perpisahan Menusuk Jiwa

Sekian, Wabillahitaufiq wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas daripada

[Nama]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *