
Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.
(surah Ali-Imran ayat 9)
Doa sekiranya kenderaan bermasalah.
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tuntuk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.
(surah Ali-Imran ayat 83)

- 160+ Happy Deepavali Wishes 2023 – Shot, Inspirational, Quotes
- 120 English & Hindi – Happy Diwali Wishes 2023
- 100 Wishes, Quotes & Status Update: Happy Deepavali 2023
- 150 Festival Greetings Messages Year 2023 – Mid Autumn Wishes
- DATA PROTECTION AND PRIVACY POLICY
Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
(surah Ali-Imran ayat 147)
DOA Meminta hujan.
Dan hendaklah kamu meminta ampun (beristighfar) kepada tuhan kamu (daripada perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat (bertaubat) kepada-Nya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu. Dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), makan sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
(surah Hud ayat 3)

Baca: Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir
Doa Nabi Ayub ketika ditimpa penyakit kronik.
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit kemudaratan, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
(surah al-Anbiya’ ayat 83)
Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
Wahai Tuhanku, hukumkanlah (antara kami dengan mereka) dengan yang benar, dan Tuhan kami ialah yang melimpah-limpah rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kami sifatkan.
(surah al-anbiya’ ayat 112)
Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan
Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi tempat.
(surah al-Mu’minun ayat 29)
Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).
(surah Fathir ayat 34)
Baca: Bergambar – 18 Ayat Cinta Terbaik Sweet Gila

Doa Sayidina Umar ketika kemarau.
Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.
(surah asy-Syura ayat 28)
Doa apabila menderita sakit gigi.
Katakanlah (wahai Nabi Muhammad), Allah yang menciptakan kamu ( daripada tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit apa yang kamu syukuri.
(surah al-Mulk ayat 23)
Rumi – Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan Rumi – Doa Selamat Mohon Perlindungan Dari Musibah dan Kesusahan