Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa

Koleksi Bergambar - Doa Ibu Bapa

Doa kepada kedua ibubapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut. Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran.

Baca: Kata Kata dan Pantun Selamat Malam Terbaik

Janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka.


Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. – Surah Ibrahim ayat 41

Koleksi Bergambar - Doa Ibu Bapa

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.” – Surah Nuh ayat 28\

Baca: 50 Ayat Deep Padu, Sentap, Untuk Haters

“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Isra’ ayat 24

Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya. Amin.

Ya Allah, ampunilah kedua ibubapa kami. Terimalah amalan baik mereka dan tingkatkanlah pahala dan rakyat untuk mereka.

Ya Allah, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Engkau gantikanlah dengan kebajikan yang boleh membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.

Koleksi Bergambar - Doa Ibu Bapa

Ya Allah, setiap tutik keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki untuk keluarga kami, Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya kepada syurga-Mu ya Allah.

Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa Koleksi Bergambar – Doa Ibu Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *