Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Menurut Fiman Allah swt, antara kelebihan membaca al quran yang dirakamkan dalam hadis dan al-quran adalah:-

Firman Allah SWT: (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan. – (Surah Ibrahim, 14:1)

Sayyidatina Aishah r.a berkata, Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan “alif lam mim” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” – (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Baca: Bergambar – Koleksi Hadis Kelebihan Surah Al Kahfi

Doa Selepas Baca Quran (Rumi)

Cadangan Ejaan Rumi: Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.

Maksud Terjemahan Dalam Bahasa Melayu: Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.

Muat turun: Doa Selepas Baca Quran PDF

Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi

Doa Sebelum Baca Quran (Rumi)

Cadangan Ejaan Rumi: Allahummar HamNaa BilQuran. Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah. Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu. AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan. Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maksud Terjemahan Dalam Bahasa Melayu: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam. Amin! Ya Rabbal ‘Alamiin.

Doa Selepas Baca Quran PDF, Rumi dan Jawi