Contoh2 Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Tersayang

Terima kasih cikgu. Saya bersyukur menjadi salah seorang murid cikgu.

Bukan hanya ilmu sahaja yang cikgu berikan, tetapi nasihat dan didikan cikgu jugalah yang membentuk karakter saya kini. Tidak ada yang boleh saya berikan sebagai penghargaan selain ucapan jutaan terima kasih setinggi langit.

Terima kasih cikgu kerana menjadikan semua pelajaran kami mudah dan menyeronokkan. Cikgu adalah inspirasi dan teladan kami semua.

Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Tersayang

Cikgu sentiasa membimbing dan menunjukkan saya jalan yang betul untuk berjaya. Cikgu memang terbaik.

Terima kasih cikgu kerana selalu mempercayai saya. Terima kasih kerana menjadikan saya seperti sekarang.

Belajar adalah menyeronokkan, tetapi hanya jika seseorang mempunyai guru seperti cikgu. Terima kasih kerana mengajar kami semua bagaimana menjadi orang yang hebat dalam hidup.

Contoh2 Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Tersayang

Terima kasih cikgu kerana membimbing kami dan memberi inspirasi kepada kami. Juga, terima kasih kerana menjadikan kami seperti hari ini.

Baca: Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Contoh2 Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Tersayang

Guruku tersayang, engkau adalah orang tua kedua Kami. Yang tidak hanya memberikan pemahaman akan pelajaran, namun juga mendidik kami menjadi insan yang berguna untuk agama, nusa dan bangsa.

Terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah cikgu curahkan demi mencerdaskan anak muridmu di sekolah.

Terima kasih guruku. Jasamulah saya boleh sampai pada titik ini. Guru yang tidak pernah lelah memberikan pengajaran terbaik kepadaku. Semoga engkau selalu dalam lindungan Yang Kuasa

Ada banyak hal yang telah cikgu tanamkan kepada Kami untuk menjadi orang yang baik dan berilmu. Saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah membimbingku sejak kecil.

Contoh2 Ucapan Terima Kasih Kepada Guru Tersayang

Cikgu – satria yang sangat berjasa dalam yang membimbing ke arah kejayaan. Berkat kebaikan dan ketulusan cikgulah yang membuatkan kini saya berada di sini. Terima kasih cikgu!

Terima kasih untuk semua jasa dan kebaikan cikgu selama ini. Semoga Tuhan selalu mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada cikgu.

Baca: 100+ Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik

Terima kasih setinggi cakerawala kepada cikgu adalah pengganti tugas orang tua kami selama di sekolah. Tanpa adanya peranan cikgu, kami mungkin bukan siapa-siapa.