Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Yang Berusaha En Zainuddin bin Basiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2
Yang Dihormati Hajah Robayah binti Sidek Guru Penolong Kanan Satu
Tengku Munirah binti Ahmad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Ngadimin bin Misran Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Serta semua guru SK Seri Medan 2 yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini di Majlis Perpisahan Saya yang akan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati bermula pada minggu hadapan.
Para Hadirin Sekalian,
Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 1988 saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.
Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.
Para Hadirin Sekalian,
Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 7 empat iaitu bermula dari tahun 2012 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah.
Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.
Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan di Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2 ini. Tidak juga dilupakan kepada Pn Norie & En. Hassan Basit yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah.
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru disini.
Dian tiga lilin pun tiga
Obor tergantung rumah laksamana
Dioam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.
Sekian, terima kasih