Contoh-Contoh Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Contoh Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Ucapan penghargaan dan terima kasih menjadi antara kaedah untuk mengekspresikan rasa syukur terhadap bantuan, pemberian atau tindakan baik yang dilakukan oleh seseorang. Mengapa kita perlu mengucapkan terima kasih?

  1. Menunjukkan anda menghargai waktu, usaha, atau tenaga yang telah diberikan oleh seseorang untuk membantu anda.
  2. Dengan hanya ucapan terima kasih itu, ia mampu memperkuatkan lagi hubungan dan jaringan sosial anda terhadap orang sekeliling.
  3. Mencipta suasana dan perasaan positif dikalangan individu terlibat.
  4. Sekurangnya sebagai galakan dan motivasi masa hadapan sekiranya anda memerlukan bantuan sama atau yang lain lagi.

Walaupun ringkas atau sekadar ucapan sahaja, ia juga boleh dianggap sebagai tanda kesopanan dan penghargaan yang penting. Jika punya rezeki lebih, perbuatan seperti memberikan token / hadiah / belanja makan juga boleh dilakukan sebagai nilai tambah dalam menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan.

Disini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah kerana telah banyak membantu dan mendidik saya selama ini.

Baca: Koleksi & Contoh Ucapan Tahniah Konvokesyen

Jutaan terima kasih diucapkan kerana begitu tekun dan sabar memberi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar kepada saya selama ini tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu dalam melayan karenah dan ragam saya yang pelbagai ini. Jasa kamu semua pasti akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Memberikan Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Guru

Buat ibu bapa saya serta adik beradik yang lain, terima kasih diucapkan kerana tidak pernah berhenti memberi tunjuk ajar, didikan, dorongan dan semangat kepada saya selama ini. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan buat teman teristimewa kerana sentiasa memahami situasi saya serta tidak pernah berputus-asa memberi sokongan dan semangat selama mengenali saya ini. Pastinya impian dan cita-cita kita akan tercapai.

Contoh-Contoh Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Ucapan Terima Kasih Kepada Insan Tersayang

Terima kasih karena selalu membuat hidup saya lebih mudah.

Terima kasih sahabatku kerana selalu ada di saat aku memerlukanmu. Semua kebaikan dan kenangan yang kita jalani bersama sangat bererti untukku.

Dari lubuk hati saya, saya berterima kasih, dan menghargai semua yang telah anda lakukan.

Kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa aku bersyukur atas bantuan yang kamu berikan. Kamu ada untukku saat aku sangat memerlukan. Terima kasih atas semua yang telah kamu lakukan untuk membantuku.

Terima kasih banyak telah membantu saya selama masa-masa sulit ini. Bantuanmu sangat berharga untuk saya.

Kuucapkan Alhamdulillah untuk segala nikmat syukur yang Engkau berikan hari ini.

Terima kasih! Tak ada balasan yang mampu menyamai apa yang selama ini kamu beri. Sekali lagi terima kasih atas segalanya.

Terima kasih kerana selalu ada untukku dengan mengingat segala hal tentangku. Kupanjatkan doa untukmu, semoga engkau selalu ditemani oleh orang yang mengasihimu

Baca: Contoh Ucapan Terima Kasih Atas Bantuan

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang mengenali saya selama ini yang sentiasa bersama saya dikala saya senang atau susah dan gembira mahu pun bersedih. Semoga kalian semua akan berjaya sama ada di dunia mahu pun di akhirat kelak.

Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada Akademi ini. Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan di Akademi ini. Mungkin terdapat kesilapan yang tidak disengajakan atau pun tidak disengajakan serta minta dihalalkan makan minum.

Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti untuk bersama berganding bahu memajukan lagi Akademi ini.

Contoh-Contoh Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih