Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan

Saya bagi pihak keluarga, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali.

Bulan mulia Ramadan harus dijadikan sebagai medan untuk kita bermuhasabah terhadap usaha dan tindakan kita dalam menentukan ketepatan dan keberkesanan sesuatu tindakan.

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari dan mohon maaf zahir batin kepada semua. Kita perbaiki mana-mana kelemahan yang ada dan bersama kita tingkat gandakan usaha ke arah kecemerlangan bersama.

Bersama ini disertakan contoh-contoh ucapan sempena menyambut kedatangan kewajipan ibadah puasa Ramadhan.

Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan

Selamat menyambut bulan ramadan, selamat berpuasa, bersahur, bersungkei, berteraweh, berzakat, bersedekah, berhemah berbelanja, beribadah, berbuat baik sepanjang bulan ramadan.

Semoga ramadan tahun ini dikurniakan pelbagai nikmat berpuasa. Jangan lupa niat puasa dan amalkan permakanan yang sihat.

Jangan membazir.

Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Semoga ramadan tahun ini diberikan kekuatan kesihatan dan disempurnakan dengan sepenuhnya.

Dikesempatan ini juga mohon ampun dan maaf kepada seluruh warga maya yang mengenali diri ini. Semoga kita semua dalam lindungan allah.

Aminn

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadan

Assalamualaikum. Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Semoga kita semua sihat utk menempuh Ramadan penuh berkat ini. Insya-Allah.

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada!

Semoga Ramadan kali ini lebih dihayati melalui muhasabah diri dan amal jariah, dan merubah kita ke arah kebaikan, InsyaAllah.

Buat mereka yang pulang ke kampung untuk bersahur dan berbuka puasa pertama bersama keluarga, hati-hati memandu!

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadan

Dikesempatan menyambut bulan Ramadan ini, saya dengan serendah-rendahnya diri. Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada semua atas ketelanjuran kata dan lain-lain samaada disedari ataupun tidak” SELAMAT BERPUASA”.

Dikesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf seandainya ada salah silap, keterlanjuran kata-kata, perbuatan, secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang kita mengenali dan bersahabat.

Salam Menyambut Ramadan & Selamat berpuasa.

Semoga Allah swt memberikan kesabaran dan ketenangan kepada kita dalam menjalani ibadah. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Salam Ramadan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga bulan Ramadan ini membawa sinar yang baru dan makna yang lebih besar kepada kita semua. Insya-Allah.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurnia-Nya, kita masih berkesempatan menempuhi Ramadan pada tahun ini.

Semoga Ramadan yang menjelang tiba ini menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada kita semua.

Ramadan menjelma lagi.

0-0 kalau ada share, post dan tulisan yang menyebabkan jiwa menjadi marah, perasaan terbakar dan hati meluap-luap. Manusia biasa katakan.

Jom, kita makmurkan masjid, meriahkan surau. Masanya sudah sampai untuk kita merebut segala ‘anugerah’ Ramadan, Pastikan Ramadan tahun ini tidak berlalu begitu sahaja. Jangan tercicir Tarawih dan terlepas sahur.

Salam RAMADAN buat semua sahabat muka buku dan keluarga kalian. Semoga Ramadan kali ini kita dapat mempertingkatkan ibadah dan berada dalam rahmat Allah SWT sentiasa hendaknya.

Saya mohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, terbergurau senda kat sini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak sunyi daripada salah dan silap. Jadi ada terkasar bahasa tersilap kata tu, maafkanlah ya.

Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada puasa puasa kita yang terdahulu

Rasa syukur kita panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana kita masih diberikan umur yang panjang menyambut bulan Ramadan Al-Kareem. Semoga ibadah puasa kita akan diterima ALLAH serta mendapat rahmat dan keampunan dariNya. Insya-Allah, Aamiin