Koleksi Ucapan Ramadhan: Selamat Berbuka Puasa 2025

Menyegerakan berbuka puasa termasuk dalam perkara-perkara sunat berpuasa.

Galakan menyegerakan berbuka puasa ini merupakan bersalahan dengan orang Yahudi dan Nasrani yang melewatkannya. Kasih sayang Allah swt diberikan kepada mereka yang mengamalkan sunah Nabi-Nya.

4 Hadis Sahih Nabi Muhammad Tentang Waktu dan Menyegerakan Berbuka Puasa

Dari Sahal bin Sa’ad ra katanya Rasulullah saw bersabda :”Berbahagialah selalu orang-orang yang menyegerakan berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu ‘Athiyah ra katanya: “Aku dan Masruq pernäh datang menemui ‘Aisyah ke rumahnya, lalu kami bertanya: “Ya, Ummul Mukminin! Ada dua orang sahabat Rasulullah saw, yang satu menyegerakan berbuka dan solat, dan yang satu lagi melambatkannya. Bagaimana itu?”

Tanya ‘Aisyah ra, “Siapa yang menyegerakan berbuka dan solat?” Jawab kami, “Abdullah Ibnu Mas’ud.” Kata ‘Aisyah, “Menyegerakan itulah yang dilakukan Rasulullah saw.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari 'Umar ra katanya Rasulullah saw bersabda: "Apabila malam telah datang, siang telah hilang, dan matahari telah terbenam, maka orang yang puasa sudah boleh berbuka." - Hadis Riwayat Muslim
Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa 2024

Dari ‘Abdullah bin Abi Aufa ra katanya: “Kami berpergian bersama-sama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan di bulan Ramadhan. Ketika matahari telah terbenam beliau bersabda: “Hai, Fulan! Turunlah, dan siapkan makan kita!” Jawab orang itu,”Hari masih siang, ya Rasulullah!”

Sabda Rasulullah, “Turunlah dan siap-kan makan kita!” Kata ‘Abdullah,”Orang itu pun segera turun, lalu dia menyiapkan makanan dan menyajikannya kepada Rasulullah saw dan beliau langsung minum.

Kemudian beliau bersabda sambil menunjuk dengan tangannya: ‘Apabila matahari telah terbenam di sana, dan malam telah datang di sini, maka orang puasa sudah boleh berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Qudsi Tentang Menyegerakan Berbuka Puasa Mengundang Kasih Sayang Allah swt

Diriwayatkan daripada Abu hurairah, beliau berkata: maksudnya:

Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt berfirman, ‘Para hamba-Ku yang paling aku kasihi ialah mereka yang paling bersegera berbuka puasa (setelah yakin maghrib).’

Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban
Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa 2024

Koleksi Ucapan Selamat Berbuka Puasa

  • Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. – Hadis Riwayat Bukhari
  • Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan, iatu berbahagia sewaktu berbuka dan sewaktu bertemu Allah swt – Hadis Riwayat Muslim
  • Waktu berbuka puasa adalah saat keberkatan dan kepuasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Selamat Berbuka Puasa
  • Selamat buka puasa. Semoga puasa hari Ramadan ini senantiasa membawa seribu satu kebaikan untuk kita dan orang lain.
  • Merdunya lantunan suara azan terdengar dari arah masjid. Aku ucapkan salam dengan senyuman iman. Selamat berbuka puasa sahabat semua.
  • Mungkin jarak telah memisahkan kita. Namun setidaknya aku masih boleh mengucapkan Selamat Berbuka Puasa.
  • Saat yang paling membahagiakan adalah berbuka puasa bersama orang-orang yang tersayang. Selamat berbuka puasa.
  • Telah hilanglah dahaga. Telah basahlah kerongkongan. Semoga ada pahala yang ditetapkan. Dengan izin Allah swt. Selamat Berbuka Puasa.
  • Semoga bulan yang indah ini membawa 1001 kebahagiaan dan membangun jalan hidup yang lebih bahagia untuk kita semua. Selamat berbuka puasa.
  • Aku berdoa kepada Allah swt agar Dia mengampuni semua dosa dan menghapus semua masalah pada saat berbuka puasa ini. Amiinnn