Poster : Amalan dan Kelebihan Ramadhan

Puasa Ramadhan telah diwajibkan pada bulan Syaaban, tahun 2 Hijrah. Dahulu,tatkala orang Arab ingin meletakkan nama-nama bulan, bulan Ramadhan berlaku pada musim panas.

Oleh sebab itulah ia dinamakan dengan RAMADHAN yang membawa maksud ‘panas terik mentari’. Namun, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ia dinamakan dengan RAMADHAN kerana bulan ini mampu membakar dosa-dosa yang telah dilakukan.

Baca: Doa Akhir Ramadhan – Hari ke 21 hingga ke 30

RUKUN PUASA

Poster Ramadhan : Amalan dan Kelebihan Ramadhan

Rukun puasa ada dua iaitu (1) menahan diri (imsak) daripada melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa dan (2) berniat pada malam hari.

Niat puasa fardhu perlu dilakukan bagi membezakan dengan perbuatan tidak makan / hanya semata-mata menahan lapar. Ia juga untuk membezakannya dengan puasa sunat.

Poster Ramadhan : Amalan dan Kelebihan Ramadhan

5 SYARAT WAJIB PUASA

Berpuasa pada bulan Ramadhan diwajibkan ke atas

  1. Setiap orang Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Mampu berpuasa – kemampuan dari segi syarak dan fizikal
  5. Bermukim (tidak bermuafir)

sama ada merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan (kecuali perempuan yang sedang haid atau nifas).

Baca: Bergambar – Pantun Gombal, Lucu dan Lawak Cinta

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang