Kenyataan Media – Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina

PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2024

  • Pemberian tol percuma bersempena Tahun Baharu Cina pada 8 dan 9 Februari 2024.
  • Bermula jam 12.01 pagi pada 8 Februari 2024 sehingga jam 11.59 malam pada 9 Februari 2024.
  • Implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
  • Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Baca: Makna Tahun Naga – Ucapan Tahun Baru Cina 2024

Kenyataan Media - Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina

KENYATAAN MEDIA: PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUNBARU CINA TAHUN 2024

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja pada 8 dan 9 Februari 2024 sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.Tol percuma oleh Kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan TahunBaru Cina kali ini.

Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan meancang perjalanan dengan sewajarnya dan dinasihatkan memathi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan. Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipathi supaya sema pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi.

Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) aitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.