Pantun dan Ucapan Selamat Sahur – Kelebihan Bersahur

Bersahur memberikan kekuatan tenaga kepada orang yang berpuasa untuk terus aktif sepanjang tempoh berpuasa. Sebaik-baik waktu sahur adalah sebelum fajar sekitar setengah jam.

Hadis ada menyebut akan galakkan melewatkan waktu sahur sehingga ke akhir malam iaitu sekitar sebelum subuh.

Daripada Anas bin Malik ra, katanya, “Rasulullah saw bersabda, ‘ Bersahurlah kamu! Kerana sesungguhnya pada sahur itu ada barakah.'”

Muttafaq’Alaih

Oleh yang demikian, makanlah apa sahaja makanan yang boleh dijadikan sebagai juadah bersahur sebagi persediaan untuk berpuasa pada siang harinya. Ijmak ulama berpendapat, hukum makan sahur adalah sunat muakad, bukannya wajib.

Amalan bersahur juga menggalakkan orang yang berpuasa itu untuk berdoa, beristighfar dan bermunajat kepada Allah swt. Secara tidak langsung, ia juga mendidik seseorang untuk lebih awal datang ke masjid bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ia terbukti apabila bilangan mereka yang menunaikan solat subuh di masjid pada bulan Ramadan adalah lebih ramai berbanding bulan-bulan yang lain.

Pantun dan Ucapan Selamat Sahur - Kelebihan Bersahur

Dikatakan juga, amalan bersahur ini merupakan ibadah puasa yang membezakan antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab.

Koleksi Ucapan Selamat Bersahur / Salam Sahur

Daripada Abi Sa’id ra, Maksudnya: Bersahur itu berkat. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkan sahur walau dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah swt dan malaikatnya berselawat ke atas orang yang bersahur. – Hadis Riwayat Ahmad

Pemisah antara puasa kita dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur – Hadis Riwayat Muslim

Ya Allah untuk-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman. Dan dengan rezeki dari-Mu aku berbuka, dengan rahmatM-u wahai Yang Maha Penyayang.

Jangan makan sahur sesudah waktunya. Dan jangan makan untuk berbuka sebelum waktunya.

Pantun dan Ucapan Selamat Sahur - Kelebihan Bersahur

Langit hendak membuka tabirnya. Sebentar lagi suria pagi akan segera menyapa. Selamat makan sahur sahabat sekalian.

Dalam hening ada cinta. Dalam benak ada namamu. Untuk kamu yang ku cinta. Ayo sahur jangan lesu.

Jom kita semua makan sahur. Semoga puasa kita semua diberikan kekuatan, keredhaan dan keberkatan. Selamat Sahur dan Selamat Berpuasa

Jom kita semua sama-sama menyambut bulan suci Ramadan dengan semangat untuk melipat gandakan amal ibadah. Selamat sahur.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa seribu satu makna kebahagiaan bagi kita semua. Selamat Sahur Ramadan sahabat

Untuk yang sedang bersahur. Semoga puasa hari ini berjalan lancar, menguatkan iman dan mendatangkan seribu satu kebaikan kepada kita semua. Insya-Allah

Pantun Selamat Sahur

Bulan Ramadan melimpah berkah,
Penuh ampunan serta hidayah,
Jom kita bangun segera,
Sebelum imsak datang menyapa.

Aku kirimkan senyum syukur,
Lewat doa yang tak terukur,
Semoga yang di sana sudah bangun tidur,
Sebelum waktu imsak menegur.

Pergi ke pasar naik sepeda,
Di pasar membeli sayur-mayur,
Kuucapkan selamat makan sahur,
Sebelum waktu imsak tiba.

Dalam hening ada cinta,
Dalam hati ada namamu,
Untuk kamu yang ku cinta,
Bangun sahur jangan lesu.

Ambil air guna timba,
Air sejuk dari dalam sumur,
Buat yang aku cinta di sana,
Selamat makan sahur.