(Malaysia) – Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Ramadhan 2025

Ibadah puasa merupakan antara perintah Allah swt yang wajib untuk dilaksanakan oleh muslim yang sudah baligh. Ibadah ini bukan sahaja meliputi aspek jasmani, malahan juga kerohanian.

Ramadan merupakan bulan keberkatan dengan aeribu satu rahmat daripada Allah swt.

Rahsia keajaiban, kelebihan serta hikmah puasa Ramadan ini tidak akan habis untuk dikaji. Firman Allah swt, maksudnya:

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh sebab, siapa di antara kamu yang menyaksiakn anak bulan Ramadan, perlu berpuasa dan siapa yang sakit ataupun di dalam perjalanan lalu berbuka, wajib baginya menggantikan puasa sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain. Allah mahukan kemudahan untukmu dan tidak mahukan kesukaran untukmu. Supaya kamu mencukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan, supaya kamu mengagungkan Allah swt kerana mendapat petunjuk-Nya, supaya kamu bersyukur.

Surah al-Baqarah, ayat 185

Fadhilat bulan Ramadan ini memberikan 1001 manfaat fizikal dan psikologi setiap individu yang melakukannya. Pada masa yang sama, ganjaran pahala Ramadan yang dijanjikan begitu lumayan dengan setiap amal ibadah yang dilakukan digandakan ganjarannya.

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadan

(Malaysia) - Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Ramadan 2024

Ucapan Selamat Berpuasa Ramadan 2025

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua diberikan kesihatan, kekuatan, kesabaran, serta pertolongan agar mampu menjalani ibadah wajib ini. Semoga kita tetap mampu melakukan aktiviti harian dengan penuh semangat agar mendapatkan pahala yang Allah janjikan.

Jom kia sambut bulan Ramadan ini dengan hati yang penuh kedamaian, keharmonian, dan kesyukuran. Semoga keberkatan dan keredhaan Allah melindungi kita semua. Insya-Allah

Semoga Allah swt memberkati kita semua dengan kebahagiaan dan damai sejahtera hidup dunia dan di akhirat. Selamat menjalankan ibadah puasa.

Takabbal-Allahu Minna Wa Minkum Salihal A’maal
Semoga Allah menerima puasa dan semua amal ibadah kita.

Takabbal Allah Siyamak.
Semoga Allah menerima setiap puasa kamu.”

Semoga bulan Ramadan yang mulia ini kita semua dijauhkan dari segala kesulitan dan dihujani dengan seribu satu kedamaian dan kemakmuran. Selamat berpuasa.

Semoga bulan suci ini membawa limpahan keberkatan buat kita semua. Mari kita jalani Ramadan dengan penuh ketenangan. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar dan memakbulkan segala doa-doa kita. Ramadhan Mubarak!

Semoga ibadan puasa pada bulan Ramadan ini mendekatkan lagi kita kepada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya dengan iman dan taqwa, segala sesuatu mungkin terjadi.

Ramadhan Mubarak! Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya yang tak terhitung selama bulan suci Ramadan dan untuk bulan-bulan yang seterusnya. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Ingat aku dalam doa-doamu.

(Malaysia) - Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Ramadan 2024

Pantun 4 Kerat Selamat Berpuasa Ramadan

Indah sungguh bunga melati
Tumbuh elok harum baunya
Bulan puasa bulan yang suci
Mari kita mengaut pahala.

Pergi ke gerai membeli makanan
Untuk juadah persungkaian
selamat menyambut bulan ramadhan
Kepada semua saya ucapkan

Hiasi Ramadhan dengan tasbih
Untuk kuatkan diri yang lemah
Jaga pandangan kawal lah lidah
Semoga sentiasa dilindungi Allah

Dari permatang menuju kekali
Singgah direban lalu dititi
Ramadan datang setahun sekali
laksanakan kewajiban ikhlaskan hati

Kalau membeli buah durian
Kulitnya jangan dimakan
Kalau saya punya kesalahan
Mohon untuk dimaafkan

Putih bersih warna baju ini
Harum semerbak menumpuk di almari
Persiapkan diri untuk membersihkan hati
Menyambut bulan yang mulia ini

Awali segala sesuatu dengan Bismillah
Apatahlagi menyambut bulan penuh berkah
Mari tingkatkan iman dan takwa
Agar diampunkan semua salah dan dosa

Siang hari menahan dahaga
Sebagai bukti cinta kepada-Nya
Malam hari tadarus alQuran dijaga,
Kerana ingin menjadi kekasih-Nya.

Carian Berkaitan: Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Ramadhan 2025