Koleksi Ucapan Maaf Sempena Menyambut Puasa Ramadan

Marhaban ya Ramadan. Ramadan telah tiba. Sujud syukur kepada Allah swt atas anugerah, waktu, rezeki, dan kesehatan bagi kita semua.

Alhamdulillah, dapat kita bersua kembali dengan bulan mulia ini. Puasa membersihkan hati, jiwa. Hanya kepadanya kita bersujud dan berserah diri.

Alhamdulillah, bersempena dengan bulan baik ini, ada eloknya kita saling mohon maaf sesama insan andai ada terguris hati dan perasaan, samaada secara sedar mahupun tidak sedar. Insya-Allah, semoga ia menjadi asbab terbentuknya satu silaturahim yang kukuh.

Dalam artikel ini, disertakan koleksi ucapan maaf menjelang sambutan bulan puasa Ramadan. ia boleh digunakan untuk sahabat handai, ahli keluarga mahupun kenalan.

Koleksi Ucapan Maaf Sempena Menyambut Puasa Ramadan

Ucapan Maaf Sempena Menyambut Puasa Ramadan

Bulan keberkatan hampir tiba. Jiwa dan hati akan kembali bersih pada bulan suci ini. Mohon maaf zahir dan batin.

Marhaban ya Ramadhan. Bulan suci penuh keberkatan telah pun tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyakan amal ibadah. Dengan penuh kerendahan hati, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Di hati dan jiwa yang putih itulah tumbuh subur kasih sayang kepada sesama Islam. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua. Semoga amal ibadah kita senantiasa diterima dan mendapat keredhaan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amiinnn

Tiada bulan seagung ini.
Tiada bulan semulia ini.
Tiada bulan seberkah ini.
Ramadhan penuh berkah dan maghfirah.
Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf lahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga puasa-ku, puasa-mu dan semua ibadah dan amal kebaikan kita semua diterima oleh Allah swt, dan semua dosa kita diampuni oleh-Nya. Amin.

Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh keberkatan. Marhaban ya Ramadan. Mari kita sambut bulan yang suci ini dengan hati penuh bersih dan saling memaafkan sesama insan.

Setitik tinta jadi noda.
Setitik salah jadi dosa.
Bulan penuh berkah segera tiba.
Mari tekun ibadah di bulan puasa.
Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf lahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ramadan adalah bulan suci yang penuh dengan amalan dan keberkatan. Semoga kita semua mendapat ketenangan dalam melaksanakan amal ibadah. Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan. Semoga Allah swt menerima ibadah dan redho ke atas amalan kita. Serta melimpahkan keberkatan dan rahmat kepada kita semua. Mohon maaf zahir dan batin.

Carian Berkaitan: Koleksi Ucapan Maaf Sempena Menyambut Puasa Ramadan