Ucapan – Pantun Puasa Lucu, Lawak dan Terbaik Ramadhan 2024

Alhamdulillah, saat dan ketika yang dinantikan tiba kembali. Selamat Datang Bulan Ramadhan! Bulan penuh keberkatan, keampunan dan rahmat Allah swt. Bulan dimana umat Islam akan melipat gandakan amal ibadah demi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Pada bulan ini jugalah, kita boleh saling mohon ampun dan maaf disamping berdoa akan kebaikan semasa muslim.

Pantun Menyambut Kedatangan Bulan Puasa Ramadhan

Buat kerusi dari rotan
Ambil dari hutan Kendari
Marhaban ya Ramadan
Buat sahabat sejiwa sejati.

Sungguh harum daun pandan
Buah kurma dari Mekah
Marhaban ya Ramadan
Bulan suci penuh berkah.

Bangun subuh di pagi buta
Untuk bersiap pergi sekolah
Ramadan kembali mengunjungi kita
Untuk sahabat semoga berkah.

Ucapan - Pantun Puasa Lucu, Lawak dan Terbaik 2024

Sungguh terang cahaya bulan
Bulan pernama di akhir pekan
Kepada kawan teman taulan
Marhaban di bulan Ramadan.

Jalan-jalan ke Kota Medan
Istirahat sejenak di tepi pantai
Selamat berpuasa di bulan Ramadan
Untuk kalian yang aku cintai.

Cuaca gelap ingin hujan
Jangan lupa sediakan payung
Marhaban ya Ramadan
Kuucapkan untuk keluarga di kampung.

Ucapan - Pantun Puasa Lucu, Lawak dan Terbaik 2024

Pantun Berbuka Puasa Ramadan

Memang manis rasa gula.
Tapi lebih manis rasa madu.
AKu ucapkan selamat berbuka puasa.
Untuk engkau yang ku rindu.

Ada nasi lauk-pauk dan buah-buahan.
Tersedia sudah di atas meja.
Setulus hati aku ucapkan.
Selamat berbuka puasa

Mentari turun ke peraduan.
Maghrib tiba diiringin suara azan.
Menandakan puasa wajib dibatalkan.
Selamat berbuka puasa Ramadan.

Awali dengan bismilah dan akhiri dengan alhamdullillah
Selamat berbuka puasa
Semoga puasa hari ini diterima oleh Allah swt.
Amin ya robalalamin.

Ramadan adalah bulan penuh berkah.
Jalani dengan riang gembira.
Mari kita berbuka puasa
Kerana azan maghrib telah tiba.

Telah hilang dahaga.
Urat-urat telah basah.
Dan telah diraih pahala.
Selamat berbuka puasa

Lupa berdoa sebelum makan.
Sudah kenyang ucapkan Alhamdullillah.
Selamat berbuka puasa aku ucapkan.
Untukmu dengan senyumku yang terindah.