(20) Koleksi Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia

Tiada hari seindah Jumaat. Tiada kata seindah zikir. Tiada ibadah seindah solat. Tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Bubarak.

Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia

Andai semua harta itu racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubat adalah ubatnya. Jika semua bulan itu noda, maka ramadhan pembersihnya. Salam Ramadhan Kareem.

Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat islam. Amin

Ramadhan Al Mubarak. Mohon ampun dan maaf. Semoga kita semua dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan penuh keinsafan.

Salam Ramadhan. Mohon maaf atas segala kesilapan dan terkasar bahasa. Terlanjur kata, terguris hati dan tersinggung perasaan. Termakan dan terminum minta dihalalkan. Semoga kita tenang menghadapi RAMADHAN. Amin

Dosa itu adalah penyakit. Ubatnya adalah istigfar. Kesembuhannya adalah taubat. Salam kemaafan andai pernah mengguris hati. Selamat menjalani ibadah puasa.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Hai Orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa (al-baqarah: 183)

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam. Ayuh kita manfaatkan ramadhan kali ini dengan ibadah yang berlipat ganda dalam mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Baca: Makan Tengahari Di Cafe Nasi Kukus Tok Wan

Salam Ramadhan. Jika dayang bilan Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu (HR Muslim).

Bulan Ramadhan telah datang menjelma. Sebuah kesempatan untuk meraih maghfirah-Nya. Mari kita bersihkan hati untuk sambut Ramadhan yang suci ini. Mohon maaf atas segala salah dan khilaf serta janji yang terabai. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

(20) Koleksi Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia
(20) Koleksi Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia
(20) Koleksi Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia
(20) Koleksi Ucapan Ramadhan & Selamat Berpuasa Malaysia

Ucapan Ramadhan Malaysia Ucapan Ramadhan Malaysia