(Bahasa Arab) Koleksi Doa dan Ucapan Selamat Puasa Ramadhan

Dalam Bahasa Arab, perkataan RAMADHAN beradal daripada perkataan AR-RAMADH yang bermaksud AIR HUJAN yang turun pada musim kemarau yang panas dibakar oleh sinar mentari.

Ada juga pendapat yang mengatakan AR-RAMADHA ini bermaksud panas yang menyengat. Puasa digelar sedemikian kerana selama mana berpuasa, seseorang itu akan terasa panas akibat lapar dan dahaga.

Pendapat lain ada juga yang mengatakan ianya disebut RAMADAN kerana pada bulan inilah amal ibadah yang dilakukan membakar dosa dan kesalahan manusia.

Walau apapun maknanya, bukan Ramadan ini seringkali dinanti-nanti oleh umat Islam. Bulan dimana membawa seribu satu hikmah, keajaiban, fadhilat dan keistimewaan yang hanya Allah sahaja mengetahui jumlahnya. Bulan yang dihiasi dengan keampunan pada 10 hari pertama, siraman rahmat pada 10 hari kedua dan keampunan pada 10 hari terakhir.

Bulan Ramadan ini istimewa untuk mereka yang merindukannya serta mengetahui akan keberkatan yang ada padanya. Semoga kita semua memanfaatkan sebaiknya rahmat Ramadan sebaik-baiknya.

Makan, minum dan bertenang hatilah daripada segala kerunsingan. Apabila kamu melihat manusia, katakanlah: Aku berjanji berpuasa untuk Tuhan yang Maha Pemurah. Oleh sebab itu aku tidak akan berbicara dengan mana-mana manusia hari ini.

Surah Maryam, ayat 26

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadan

Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan Dalam Bahasa Arab

Bersama ini disertakan koleksi ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dalam bahasa Arab, ejaan Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu. Semoga bermanfaat untuk semua:-

رَمَضَان كَرِيم
Ramadan Kareem
Selamat Menyambut Ramadan

رَمَضَان مُبَارَك
Ramadan Mubarak
Semoga Bulan Penuh Keberkatan

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْ
Kul ‘Aamen Wa Antum Bi Khayr
Setiap tahun dan anda berada dalam kebaikan

كل عام وأنتم بخير
Kul Amen Wa Antom Bi Khayer
Saya doakan anda kebaikan setiap tahun

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
Takabbal-Allahu Minna Wa minkum Salihal A’maal
Semoga Allah menerima amal soleh kita

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَال
Takabbal-Allahu Minna Wa Minkum Salihal A’maal
Semoga Allah menerima segala amalan kita.

مُبَارَكٌ لَكَ أَنْ بَلَّغَكَ اللهُ رَمَضَان
Mubarak Laka Ann Ballaghaka Allahu Ramadan
Tahniah! Allah beri peluang untuk hidup sehingga Ramadhan ini.

أسأل الله أن يكرمك بالمغفرة
As’alu-Allaha Ann Yukrimaka Bil Maghfirah
Semoga Allah merahmatimu dengan keampunan.

أعاده الله عليكم أعوامًا عديدة
A’adahul-Allahu ‘Alaikun A’waman ‘Adeeda
Semoga Allah memberi peluang kepada anda untuk menjalani Ramadan selama bertahun-tahun.

مُبارك عليكم الشهر
Mubarak Alaykum Alshahr
Semoga bulan ini diberkati

كل رمضان وأنتم بخير
Kul Ramadan Wa Antom Bi Khayer
Saya doakan kebaikan anda setiap Ramadhan

عساكم من عواده
Asakum Min ‘Awadah
Salam Ramadhan