Koleksi Ucapan Maaf – Selamat Puasa Ramadan Untuk Sahabat, Keluarga

Umumnya, bulan Ramadan juga digelar sebagai bulan suci, bulan mulia, bula ibadah, bulan keampunan, bulan keredhaan dan bulan keberkatan.

Oleh sebab itulah, tiap kali datangnya bulan Ramadan, Nabi Muhammad saw akan bersabda, maksudnya:

“Sudah datang kepadamu bulan yang penuh berkat dan Allah mewajibkan atasmu berpuasa.”

Baca: Doa Bulan Ramadhan Hari Pertama Hingga Ke Sepuluh

Bersama ini disertakan koleksi ucapan mohon maaf (zahir batin) sempena kedatangan bulan puasa Ramadan yang boleh diberikan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan juga kenalan yang difikirkan perlu. Semoga bermanfaat

Ucapan Selamat Menyambut Bulan Puasa Ramadan

Sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, kita semua pastinya pernah melakukan kesalahan. Ramadan memberi peluang kepada kita untuk memohon keampunan atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Selamat menyambut Ramadhan kepada anda semua!

Melalui ibadah puasa yang dilakukan sepenuh hati, kita boleh memohon keampunan daripada Allah swt. Dengan doa yang paling tulus ikhlas, kita boleh mendapat keberkatan-Nya. Selamatselamat menyambut Ramadhan Mubarak Sahabat.

Marilah kita menambah erti kehidupan kita untuk memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Salam Ramadan!

Koleksi Ucapan Maaf - Selamat Puasa Ramadan Untuk Sahabat, Keluarga

Salam Ramadan Mubarak kepada kalian semua! Semoga kita semua dapat menghapuskan segala keburukan dengan berpuasa. Jom bersihkan diri, minda dan jiwa untuk hari esok yang lebih baik. Insya-Allah

Marilah kita memohon keampunan kepada Allah swt atas segala dosa yang telah kita lakukan agar Dia menerima amal ibadah yang telah kita lakukan termasuk ibadah puasa dan solat. Salam Ramadhan untuk anda semua

Bulan Ramadan yang mulia ini adalah peluang untuk kita semua untuk menyegarkan semula badan, minda dan jiwa yang positif. Selamat Menyambut Bulan Puasa Ramadan. Ikhlas dari saya yang kerdil untuk anda semua

Semoga kebaikan Ramadhan ini akan mengelilingi dan membawa kebahagiaan buat kita semua. Semoga hati kita tenang dan jiwa penuh kebahagiaan. Salam Ramadhan Kareem

Ramadan adalah tentang memohon keampunan kepada Allah dan mendapatkan rahmat dan cinta-Nya. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan, keampuan dan keredhaan!

Koleksi Ucapan Maaf - Selamat Puasa Ramadan Untuk Sahabat, Keluarga