Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2024

Pejam celik, pejam celik, dah 29 hari kita berpuasa. Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa. Sebelum pejam tak celik-celik, mohon maaf zahir dan batik.

Adakala kapas tak selalunya putih, begitulah ucapanku. Adakala jalan tak selalunya lurus, begitulah langkahku.

Adakala air tidak selalunya jernih, begitulah hatiku. Namun apakala Syawal menjelma, maaf ku pinta zahir dan batin.

Baca: Ucapan Orang Sakit

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2022

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024

Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2022

Yang jauh itu WAKTU,Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN
Selamat Hari Raya Sahabatku,Maaf Zahir dan Batin.

Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2022

Mengimbas kembali kata yg diucap.
Mengingat kembali janji yang dikata.
Mengimbau kembali masa yang berlalu.
Merenung kembali hati yg terguris.
Menyingkap kembali amanah yang dipikul.
Izinkan saya memohon maaf kiranya ada lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap yang pernah menyakiti.
SELAMAT HARI RAYA

Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti
Luhur hati ikhlas kemaafan
Semoga kesalahan dimaafi
Selamat Hari Raya, 
Maaf zahir batin

Selamat Hari Raya. Berhati-hati pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai.

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari Dalam Rumi dan Bergambar

Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2022

Ramadan ini ,menuntut kecekalan, kesungguhan,
Setiap usaha adalah khazanah ibadah,
Mengapai keredaan, mematangkn keyakinan dalam memanjat kesyukuran.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Bersalam salam di pagi raya
Ampun maaf di pinta
Terkenang Ayah dan Bonda
Mengalir air mata d pusara

Terang cahaya arah dermaga,
Nampak ketara orang bersampan;
Sambut raya bersama keluarga,
Jamu selera saling bermaafan.

Salam dihulur menjalin ikatan,
Ukhwah Madani di hari raya,
Bersama kita menadah tangan,
Aidilfitri meriah hidup sentosa.

Purnama meniti manzilah tua
Berkat Ramadhan penuh kurnia
Sucikan hati murnilah jiwa
Rai lebaran Syawal mulia

Seusai Ramadan Syawal menjelma,
Dirai bersama tanda kesyukuran,
Kunjung-mengunjung bermaafan sesama,
Syawal Madani indahnya lebaran.

Tanam serai bersama halia,
Untuk jualan di pinggir kota,
Hari raya hari yang mulia,
Tangan dihulur maaf dipinta.. SELAMAT HARI RAYA.

Ada ketikanya…
Mata tersilap memandang, 
Telinga tersalah mendengar
Lidah terlanjur berkata
Fikiran khilaf menafsir dan Hati silap menduga
Selamat hari raya!

Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia
Selamat hari raya

Burung puyuh meniti di batang,
Batang manggis condong ke paya;
Kebaya labuh bersanggul lintang,
Senyum manis di pagi raya.

Carian Berkaitan: Contoh Ucapan Hari Raya