12 Doa Hari Raya Aidilfitri – Bulan Syawal

12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah! Tuhan pentadbir seluruh alam. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya. Dengan limpah dan kemurahanmu, tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal. Amin


12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah, Ya Tuhan Kami. Berkat bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua. Ampunilah dosa kami semua. Masukkanlah kami semua kedalam Syurgamu dan jauhkanlah kami dari seksaan api Nerakamu. Amin


Ya Allah, kami memohon kepadamu Ya Allah. Kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Firdausmu Ya Allah.Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa kedua ibubapa dan mentua kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Baca: Pantun Raya Mengikut Loghat / Bahasa Negeri


12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah. Jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur atas nafas yang masih kami miliki. Bersyukur diatas keluarga yang kami miliki. Bersyukur atas pekerjaan yang kami miliki. Bersyukur atas kesihatan yang kami miliki. Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kami miliki.


Ya Allah. Jauhilah kami dari sifat riak dan sombong, ujub, sum’ah dengan apa yang kami miliki, ianya bukan milik kami, ianya milikmu Ya Allah yang Maha Esa. Jadilah kami hambamu yang sentiasa menunaikan kewajipan dan hak kami kepadaMu Ya Allah.


12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua. Perbaikilah hubungan di antara kami dan mesrakanlah di antara hati-hati kami. Tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini. Lepaskanlah kami dari kegelapan dosa dan jauhkanlah kami dari segala kekejian zahir dan batin.


Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Terpuji. Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya. Kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua. Amin.. Amin.. Amin. Ya Arhamarrahimin.


Baca: Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2020 – Tema COVID19

12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati. Terimalah segala amal perbuatan baik kami. Jadikanlah kami semua hamba-hambamu yang sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat kurniaanmu.


Ya Allah. Di bulan Syawal yang penuh berkat ini, kami bermohon permudahkanlah segala urusan kami, baik dalam urusan Agama, Dunia dan Akhirat. Berikanlah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.

لاتشاتشاؤعؤتلااعشاتناشتضياضهبته


12 Doa Hari Raya Aidilfitri - Bulan Syawal

Ya Allah kurniakan kepada kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami.


Ya Allah. Permurahkanlah rezeki kami, tambahkanlah lagi keberkatan bagi kami, limpahkanlah ketaqwaan kepada kami serta Istiqomah ibadah kami kepada-Mu. Ampunilah kami yang kerdil ini dan jadilah kami insan yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Baca: Rarely Wish Birthday for Best Friend and Lover


Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu dengan segala rahmatmu yang meliputi setiap perkara supaya Engkau mengampuni aku dan kami semua.


Ya Allah Ya Tuhan Kami. Jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami. Sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan. Ya ArhamarRahimin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *