Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif

Andai jemari tidak sempat berjabat,
Andai raga tidak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,

Ku aturkan salam menyambut hari raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI

Baca: Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2024

Kata telah terlafaz, tangan telah tergerak,
Prasangka telah terungkap, tudak boleh diundur lagi,
Kecuali “saling maaf” jalinan ukhwah dan kasih sayang raih indahnya kemenangan hakiki, Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bati
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Dikesempatan penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT memberkati & merahmati kita didunia dan akhirat.

Baca: Contoh Ucapan Terima Kasih Atas Sumbangan yang Diberikan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
Ucapan Raya Untuk Sahabat, Teman atau Kawan
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri

Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan.

Berjam lamanya semapai kematu
Pulang ke desa wajah berseri- seri
Ni nak bagi kad raya ucapan satu
Sempena hari raya aidi lfitri yang dirai

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Berlalu ramadhan mengusik jiwa,
Datangnya syawal mengundang bahagia
Hari kemenangan disambut ria
Tanda kebesaran yang Maha Esa

Bersalam salam di pagi raya
Ampun maaf di pinta
Terkenang Ayah dan Bonda
Mengalir air mata d pusara

Terang cahaya arah dermaga,
Nampak ketara orang bersampan;
Sambut raya bersama keluarga,
Jamu selera saling bermaafan.

Salam dihulur menjalin ikatan,
Ukhwah Madani di hari raya,
Bersama kita menadah tangan,
Aidilfitri meriah hidup sentosa.

Purnama meniti manzilah tua
Berkat Ramadhan penuh kurnia
Sucikan hati murnilah jiwa
Rai lebaran Syawal mulia

Seusai Ramadan Syawal menjelma,
Dirai bersama tanda kesyukuran,
Kunjung-mengunjung bermaafan sesama,
Syawal Madani indahnya lebaran.

Carian Berkaitan: Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif