
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
- 51 Koleksi Pantun Raya – Selamat Hari Raya Terkini & Bergambar
- Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Bergambar
- Gambar Ucapan Hari Raya Kreatif Terkini
- Ucapan Hari Raya Aidil Fitri 2023
- Contoh2 Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Kreatif
- Kad: Contoh Ucapan Hari Raya 2023
- 12 Doa Hari Raya Aidilfitri – Bulan Syawal
- Pantun Raya Mengikut Loghat / Bahasa Negeri
- Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 – Tema COVID19
Andai ada tersalah bahasa dan tersilap perlakuan sepanjang kita bersama. Mohon seribu kemaafan dari kalian. Selamat Hari Raya!

Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati. Terimalah segala amal perbuatan baik kami. Jadikanlah kami semua hamba-hambamu yang sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat kurniaanmu.
Baju raya tak yah warna warni…
Kerana awak sudah cukup mewarnai hari-hari saya…
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga Idul Fitri ini memberi kita semua kegembiraan tanpa batas, semoga semua keinginan kita menjadi kenyataan di hari suci ini, dan semoga kita dan keluarga diberkati oleh rahmat Allah. Selamat Idul Fitri 2022!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Ya Allah! Tuhan pentadbir seluruh alam. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya. Dengan limpah dan kemurahanmu, tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal. Amin
Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin di ucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia.
Tangan Dihulur Maaf Dipinta, Erat Hubungan Sesama Kita, Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini, Salah Dan Silap Harap Dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Selamat hari raya aidilfitri buat semua sahabat yang jauh dan dekat, semoga lebaran kali ini sentiasa berkat. Salam lebaran semua.
Ketika tangan tak mampu berjabat,
Kaki tak dapat melangkah,
Hanya hati yang mampu berbisik,
Mohon maaf atas segala kesalahan.
Satu syawal menjelang tiba, semoga perayaan kali ini sentiasa ceria, salam lebaran kini di pinta, mohon maaf sekiranya tekasar bahasa. Selamat hari raya di raikan bersama.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin.
Semoga Allah menerima amal kita semua. Semoga sepanjang tahun ini kita sama-sama berada dalam kebaikan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Alhamdulillah di zahirkan usai berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya syawal, semoga Ramadhan dan syawal sentiasa dalam ingatan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin ingin di sampaikan.




