41 Pantun Raya 4 Kerat – Aidiladha Klasik Terbaru

PANTUN RAYA HAJI

Ikan gelama ikan duri,
Daun kunyit daun kesom,
Kalau Ada yg berasa hati,
Maaf dipinta ku mohon ampun.

Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga ibadah korban Kita diterima Allah swt. Aminn

Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

Surah Al-Hajj: 37

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat.

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga.

Seloka Pantun Raya Korban

Esok pagi hari raya,
Raya korban diberi nama,
Sama-samalah kita bergembira,
Menyambut hari yang mulia.

Ketupat rendang diatas meja,
Segala juadah raya dah tersedia,
Walaupun tetamu tiada yg tiba,
Kita berjamulah bersama keluarga.

Sempena menyambut hari raya,
Tadahkan tangan doa dipinta,
Pada yang Esa lagi berkuasa,
Supaya bala dihapuskan segera.

Selamat hari raya Eidul Adha saya ucapkan,
Kepada teman dan sahabat taulan,
Walaupun jauh dari pandangan,
Hilang dimata dihati jangan.

SALAM AIDILADHA
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI XXXXX dan SEKELUARGA

41 Pantun Raya 4 Kerat - Aidiladha Klasik Terbaru

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga.

Kamal beraya dirumah salman,
sempat menjamu semua masakan,
kami di XXXX nak beri ucapan,
Salam Adiladha kami ucapkan.

Kami Team XXXX mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.


Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ampun maaf, salah dan silap dari kami sekeluarga.
Terima lah serangkap pantun

Raya korban menjelang tiba,
Tetap di sambut Tanda gembira,
Juadah disediakan berserderhana,
Syukuri setiap nikmat yang ada.


Pok Din Empire,
Monster world comunity,
Selamat hari raye,
Mohon maaf dari hati.

One world one empire,
Support each other utk semua,
Jangan lupa raya nanti,
Jemput datang rumah semua.

Like share post bukan beban,
Dream it believe it acheive it,
Kalau wat sembelih korban,
Daging jangan lupa atur sikit.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Ampun maaf dari kami sekeluarga

Pantun Raya Aidildha

Betis diberi hendakkan paha,
Kata orang tua amat mendalam,
Selamat hari raya aidil adha,
Buat semua umat islam.

Dalam meniti satu perjalanan,
Peristiwa mustahil diwaktu kelmarin,
Hayatilah erti sebuah pengorbanan,
Nabi ismail kepada nabi ibrahim.

Jalan terpimpin nampak rapi,
Bersama rakan pergi mengail,
Nabi ibrahim mendapat mimpi,
Untuk mengorbankan puteranya nabi ismail.

Dari dekat wajahnya terpancul,
Dia terlepas dari memerhati,
Kemudian malaikat jibril muncul,
Membawa kibas sebagai penganti.

Naik kereta ketasik raban,
Melalui jalan permatang pak mahat,
Kalau kita nak buat korban,
Pilihlah binatang yang sihat.

Jalan melewah terhoyong hoyong,
Badan dipapah takut terhumban,
Semangat ukhwah bergotong royong,
Untuk melapah lembu korban.

Tanah rata dihujung kolah,
Pokok rendah nampak merimbun,
Andai kata silap dan salah,
Tangan ditadah memohon ampun.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
EID MUBARAK dari kami XXXXXX