17 Pantun Raya Korban – Selamat Hari Raya Aidiladha

17 Pantun Raya Korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

Cantik sungguh bunga melati
Disusun molek berhati-hati
Bahagia sukar kita nikmati
Tanpa berkorban sepenuh hati

Merdunya zikir sebagai selingan
Penyejuk jiwa dikala keseorangan
Aidilfitri merayakan kemenangan
Aidiladha pelengkap pengorbanan

KOLEKSI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / KORBAN 2023

Pergi ke perigi membawa timba
Sambil mengutip batangnya bemban
Aidiladha esok menjelang tiba
Mari menghayati maknanya korban

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Facebook dipost pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

Sebut raya kita hooray.!
Lembu, kambing say no way.!
Ayam, itik start run away.!
AidilAdha now on the way.!

Takbir bergema siang dan malam,
Tanda kesyukuran sekalian alam,
Raya disambut janganlah suram,
Aidiladha hari kemenangan ummat islam.

Indah langit keran awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Esok pagi hari raya.
Raya korban diberi nama.
Sama2lah kita bergembira.
Menyambut hari yang mulia.

17 Pantun Raya Korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

Ketupat rendang diatas meja.
Segala juadah raya dah tersedia.
Walaupun tetamu tiada yg tiba.
Kita berjamulah bersama keluarga.

Duduk rumah bersama keluarga.
Walaupun tidak pergi kemana2.
Jangan susah hati dan berduka lara
Yang penting kita sihat sejahtera.

Hulurkan tangan maf dipinta.
Sekiranya ada kesalahan hamba.
Walaupun yg ghaib mahupun nyata.
Hamba hanya insan biasa.

Sempena menyambut hari raya.
Tadahkan tangan doa dipinta.
Pada yang Esa lagi berkuasa.
Supaya bala dihapuskan segera.

Selamat hari raya Eidul Adha saya ucapkan.
Kepada teman dan sahabat taulan.
Walaupun jauh dari pandangan.
Hilang dimata dihati jangan.

Terbang kedidi hinggap di dahan,
Dahannya rendah pohon kemiri;
Sejuta kemaafan ikhlas ku mohonkan,
Menyuci segala kekhilafan diri.

Tangan dihulur maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan.

17 Pantun Raya Korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

Surah Terpilih Dalam Al-Quran dan Kelebihannya

Pantun Raya Korban – Selamat Hari Raya Aidiladha Pantun Raya Korban – Selamat Hari Raya Aidiladha


Posted

in

by

Tags: