Doa untuk Ibu Bapa yang Telah Meninggal: Mengenang Insan Tersayang

Doa kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

Doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya merupakan di antara amalan yang tidak akan putus walaupun kedua ibu bapanya telah meninggal dunia.

Penyambung Pahala di Alam Barzakh

Jangan sesekali lupa untuk doa dan sedekahkan kepada mereka berdua. Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Sebahagian doa di dalam ayat al-Quran yang boleh kita amalkan :

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

(Surah Ibrahim, ayat 41)

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya.

Amin.

Doa untuk Ibu Bapa yang Telah Meninggal: Mengenang Insan Tersayang

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Doa Untuk Arwah Ibu

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh ibuku XXXXX binti XXXXX. Ya Allah, ampunilah dosanya. Kasihanilah dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaiknnya dan hapuskanlah kesalahnnya dengan Rahmat-Mu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Untuk Arwah Ibu

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh bapaku XXXXX binti XXXXX. Ya Allah, ampunilah dosanya. Kasihanilah dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaiknnya dan hapuskanlah kesalahnnya dengan Rahmat-Mu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Ringkas Untuk Arwah Ibu Bapa

Ya Allah, yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, ampunilah dosa-dosa keduaibu bapa kami yang telah kembali ke rahmatullah.

Ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Perkasa

Lapangkanlah kubur mereka berdua, terangilah ia dengan cahaya-Mu daripada surga-Mu, serta kurniakanlah mereka ketenangan yang hakiki. Jadikanlah kubur mereka sebagai taman-Mu dari taman-taman syurga-Mu yang indah. Janganlah Engkau jadikan kubur mereka sebagai lubang dari lubang-lubang neraka yang dasyat. Apalah kiranya jika Engkau berikan kedua-dua mereka tempat yang mulia di sisi-Mu. Lindungi dan jauhkanlah mereka daripada sebarang bentuk seksa kubur dan fitnah akhir zaman.

Ya Allah, yang Maha Esa lagi Maha Besar

Berikanlah sifat sabar dan ketabahan kepada kami (anak-anak) yang ditinggalkan di dunia yang sementara ini. Jadikanlah kenangan bersama mereka berdua sebagai kekuatan bagi kami untuk terus menjalani hidup dunia ini dengan penuh keimanan dan ketaatan kepada-Mu.

Ya Allah, yang Maha Mengetahui lagi Maha Pemberi Rezeki

Terimalah segala amalan kebaikan kedua ibu bapa kami. Berikanlah pahala kepada mereka atas segala kebaikan dan kebajikan yang telah mereka lakukan selama hidupnya di dunia. Catatlah mereka di antara orang-orang yang beriman, dan berikanlah mereka syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, yang Maha Adil lagi Maha Pelindung

Sesungguhnya kami beriman kepada-Mu. Kami percaya bahawa Engkau adalah sebaik-baiknya pelindung dan seadil-adil hakim. Maka, kami serahkan sepenuhnya urusan kami dan urusan ibu bapa kami terhadap-Mu.

Amin Ya Rabbal Alamin