Waktu Wukuf: Doa Arafah Dalam Bahasa Melayu

ARAFAH merupakan kawasan lapang dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah. Di lokasi inilah umat Islam menunaikan salah satu daripada rukun haji iaitu wuquf.

Di Arafah ini, terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) yang menjadi tumpuan jemaah haji untuk berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan di antara dua daratan.

KLIK Untuk Download – Doa Hari Arafah Tabung Haji (PDF)

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda melakukan wuquf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.

Waktu Wukuf: Doa Arafah Dalam Bahasa Melayu

Doa Arafah Dalam Bahasa Melayu

Ya Rahman Ya Rahim

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlan dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah saw, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan asbab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami ya allah dari asbab yang membawa kami ke neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki kelemahan diri kami ya allah. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam islam dan matikanlah kami dalam islam.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami pohonkan kepada engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami

La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan engkau dan masa depan kami di akhirat nanti. Ya Allah jadikanlah kami ini hambam yang hanya mengabdikan diri kepadamu dengan sebaik-sebaiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman- taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkanlah kami ya allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arasy Engkau Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad saw.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami orang yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al kauthar, selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirital mustaqim dan masukkanlah kami ke syurgamu bersama-sama orang-orang yang mulia di sisimu ya allah.

La Haula Wala Quwwata Illa Bilahil Aliyyil Azim

Ya Allah Ya Tuhan Kami, apalah kiranya engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambamu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadamu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadamu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadamu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanmu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan limpahan rammatmu pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sekalian keluar menuju kepadamu dan berhenti di perkarangan rumahmu, kepadamulah kami meletakkan segala harapan kami, kepadamulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadamulah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang merayu merintih padamuya allah, engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekalian adalah tetamu kepadamu, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajianmu kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan rahmatMu dan redhaMu, maka kami sekalian datang berkunjung ke rumahMu yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanMu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini Ya Allah, dengan berkat Nabi kami Muhammad saw. Dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu Ya Allah.

Allahhumma Ya Allah, Wa Ya Samia Asshout

Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Engkau yang menguatkan.

Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Engkau yang menggerakkan.

Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali engkau yangmemberikantidak mungkin kami sihat kecuali engkau yang menyihatkan tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwuduk kecuali Engkau yang mengajarkan

Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namaMu kecuali Engkau yang membimbing Ya Allah.

Betapa ramai makhluk yang Engkau ciptakan betapa sedikit yang berada di Arafah ini Ya Allah

Ya Rabbi dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini Ya Allah kecuali berharap kepadamu

Terimalah haji kami ini Ya Allah

Terimalah haji kami ini Ya Allah

Terimalah haji kami ini Ya Allah.

Rabbana Zolamna Anfusanaa Wa Illam Taghfirlanaa Watarhamna Lana Kuunanna Minal Khosirin

Ya Allah, ampuni seluruh dosa-dosa kami. Engkau menjanjikan haji yang mabrur bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan. Alangkah indahnya jika kami Engkau pilih demikian Ya Allah.

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa, betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib dan betapa hinanya diri kami dengan maksiat. Bersihkan kami Ya Allah bersihkan dosa kami.

Ya Allah ampuni dosa kami kepada orang tua kami. Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami. Ampuni dosa kami kepada keluarga kami. Ya Allah, kepada anak-anak kami jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat. Berikan kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.

Rabbana Hablanaa Min Azwaajinaa Wadzurriyyatina Qurrota A Yun, Waj’alnaa Lilmuttaqiina Imama

Ampuni Ya Allah jika di sekujur tubuh kami ada harta haram di rumah kami banyak barang haram padahal Engkau mengharamkan1 ke syurga bagi yang ditubuhnya ada daging haramberikankesempatan kami untuk menyucikan diri dariharta haram ya allahjauhkan sejauh-jauhnya ya allahcukupi diri kami dengan rezekimu yang halal

Ya Allah ampuni jikalau kami sering menzalimi hamba-hambamu yang lemah. Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kezalimanya samiul alim.

Wahai yang Maha Mendengar, hanya Engkaulah tumpuan harapan kami. Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar menjadi ayah, yang jujur menjadi lelaki yang soleh. Jadikan kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah menjadi ibu yang solehah, menjadi muslimah yang terpelihara.

Kurniakan kepada kami Ya Allah, keturunan yang lebih baik dari kami. Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat.

Ya Allah berkatilah sisa umur kami,

Berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.

Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan dan;

Berkatilah sisa umur ini.

Allahummaghfir Lilmu’minin Wal Mu’minat Muslimin Wal Muslimat, Al Ahyaai Minhum Wal Amwaat