Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

Rumi - Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

DOA Penawar daripada gangGuan jin

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan menguasai manusia(1). Yang Menguasai sekalian manusia(2). Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia(3). Daripada kejahatan pembisik lagi penghasut yang bersembunyi(4). Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia(5) (iaitu pembisik dan penghasut) dalam kalangan jin dan manusia(6).

(surah an-Nas ayat 1-6)

Rumi - Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

DOA Penawar daripada ganguan sihir

Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh(1). Daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan(2). Dan daripada bahaya gelap apabila telah gelap gelita(3). Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)(4). Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia berdengki(5).

(surah al-Falaq ayat 1-5)

Baca: Bergambar – 10 Doa Murah Rezeki Rumi Dari Al Quran

Doa agar selamat daripada fitnah

Wahai Tuhan kami, kepada engkau sahajalah kami berserah diri, dan kepada engkaulah kami bertaubat, serta kepada engkaulah jua tempat kembali(4). Wahai Thuan kami, janganlah engkau jadikan kami sasaran fitnah orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana(5).

(surah al-Mumtahanah ayat 4-5)

Rumi - Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir

DOA PERLINDUNGAN DARI Ganguan jin

Sekiranya kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini kami kemukankan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya(21). Dialah Allah, yang tidak ada tuham melainkan Dia Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani(22). Dialah Allah, yang tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha suci, Yang Maha Selamat Sejahtera(daripada segala kekurangan), Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kua t(menundukkan segala-galanya), Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya(23). Maha suci Allah daripada segala mereka sekutukan dengan-Nya. Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (daripada tiada kepada ada)Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikendahaki-Nya), bagi-Nya nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi, Dialah Yang Tiada Banding-Nya, lagi Maha Bijaksana(24)

(surah al-Hasyr ayat 21-24)

Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki

MAKSUD Surah AL-IKHLAS SEBAGAI Penawar pelbagai penyakit DAN masalah

Katakanlah (wahai Muhammad), “Dialah Allah Yang Maha Esa(1). Allah yang menjadikan tumpuan sekalian makhluk yang memohon sebarang hajat.(2). Ia tidak beranak, ia tidak pula diperanakkan(3). Dan tidak ada sesiapa yang serupa dengan-Nya(4).

(surah al-Ikhlas ayat 1-4)

Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir Rumi – Doa Agar Selamat Daripada Fitnah dan Penawar Sihir