Himpunan Doa Selamat – Ringkas, Rumi

Himpunan Doa Selamat - Ringkas, Rumi

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa suamiku, dosa anak-anakku. Kasihilah kami dan kasihanilah kami.

Ya Allah, ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku, dosa kedua ibu bapa mertuaku, dosa adik-beradik dan ipar-duai ku, dosa ibu bapa saudaraku, dosa seluruh keluarga dan kerabatku, dosa sahabat handaiku, para guruku, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah, permudahkan segala urusan hidup dan mati kami dan tempatkanlah kami nanti di syurga-mu.

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam


Himpunan Doa Selamat - Ringkas, Rumi

Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).


Ya Allah, kami memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, kami memohon kebajikan dan kesejahteraan dalam agama, dunia, keluarga dan harta benda.

Ya Allah, tutupilah aib kami (dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) serta tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Baca: Kad Ucapan Happy Birthday Untuk Sahabat Karib


Tuhanku, kabulkan aku satu permintaan. Untuk semua doa yang pernah aku panjatkan dalam esakan, tangis atau diamku. Semoga amin-Nya bergema di seluruh alam semesta. Menggetarkan langit langit angkasa lalu sampai kepadaMu.


Himpunan Doa Selamat - Ringkas, Rumi

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Yang Maha Esa. Engkaulah yang menciptakan kami dan kami adalah hamba-Mu, putra hamba-Mu, ubun-ubun kami berada dalam genggaman-Mu dan nasib kami berada di tangan-Mu.

Ya Allah, Kami melalui siang dan malam di atas perjanjian kepada-Mu sesuai dengan kemampuan kami. Kami berlindung dengan redha-Mu dari keburukan perbuatan kami, kami kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu dan kami kembali kepada-Mu dengan membawa dosa-dosa kami.

Ya Allah, maka ampuni dosa-dosa kami kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.


Himpunan Doa Selamat - Ringkas, Rumi

Ya Allah,

Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang dengannya Engkau memimpin hati kami, mengumpulkan yang terserak dari kami, memperbaiki apa yang kusut pada kami, mempermudahkan segala urusan kami, memperbaiki agama kami, menjaga batin kami (dari sifat-sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat-sifat baik), mengangkat lahiriah kami (dengan amal yang baik), menyucikan amal kami (dari hala-hal yang dapat merosakkannya), memutihkan wajah kami, mengilhamkan petunjuk kepada kami, dan menjaga kami dari segala kejelekan.

Amin Allahuma Amin


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala puji-pujian, Dikaulah penguasa langit dan bumi dan alam semesta  serta segala isinya.  Dan bagi-Mulah segala puji-pujian, pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala puji-pujian.

Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah kami menyerahkan diri, dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami bertawakal, kepada-Mu kami kembali,  dengan-Mu kami menghadapi musuh dan kepada-Mu kami berhukum.

Ya Allah!  Ampunilah dosa kesalahan kami yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada pada kami daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu Ya Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat  serta peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekalian.  Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam!

Amin Allahumma Amin


Allah humah dini fiman hadait. Ya Allah, berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi..

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

teks doa selamat dan kesyukuran, himpunan doa selamat, doa selamat rumi, doa selamat ringkas, doa selamat – (pdf), doa selamat panjang, doa selamat majlis, bacaan doa selamat ringkas,

Doa Untuk Ibu Bapa – Selepas Solat, Murah Rezeki

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Doa Ibu Bapa

Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Allahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhuma kamaa rabbayanii shaghiraa

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tua ku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Ya Rabb kami, berilah ampun kepadaku dan kedua orang tuaku serta seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadina hisab (hari kiamat) – Surah Ibrahim: 41

Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi


Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil. – Surah al-Isra: 24

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan ini kepada roh kedua ibu bapa kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Kasihanilah dan sejahterakanlah mereka. Maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-doa orang tuaku. Tempatkanlah kedua mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Robbal Alamin


Doa Untuk Ibu Bapa Kami

Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana belia berdua merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua yang beriman, laki laki mahupun perempuan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah ampun dan belas kasihanilah kerana Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolonganMu.


Baca: Gambar – 50 Ayat Pickup Line Cinta

Doa Untuk Ibu Bapa Rumi

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.- Surah Ibrahim 41

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. – Surah Nuh 28

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tua ku. Berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Aamiin

Doa Tidur – Sekejap, Panjang, Lena dan Bangun

Doa Tidur - Sekejap, Panjang, Lena dan Bangun

Dari Hudzaifah, ia berkata:

Apabila Nabi SAW hendak tidur, baginda mengucapkan:

“Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).”

Dan apabila bangun tidur, baginda mengucapkan:

“Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).”

Hadis Riwayat Bukhari

Doa Tidur - Sekejap, Panjang, Lena dan Bangun

Baca: Bergambar Doa Selepas Solat – Dhuha, Witir, Taubat, Tahajjud


Doa Tidur Panjang

Allahumma Innaka Khalaqta Nafsii Wa Anta Tawaffaahaa, Lakamamaatuhaa Wa Mahyaahaa, In Ahyaitahaa Fahfazh-Haa, Wa In Amattahaa Faghfirlahaa, Allahumma Innii As-A Alukal’aafiyah.

Ya Allah. Sesungguhnya Engkau menciptakan diriku, dan Engkaulah yang akan mematikannya. Mati dan hidupnya hanya milik-Mu. Apabila Engkau menghidupkannya, maka peliharalah. Apabila Engkau mematikannya, maka ampunilah. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan.


Baca: Apa Itu Sanah Helwah – Maksud, Wishes etc

Doa Tidur Lena

Bismika Rabbii Wa Dha’ta Janbii, Wa Bika Arfa’ahu, Fa In-Amsakta Nafsii Farhamhaa, Wa In-Arsaltahaa Fahfazhhaa Bimaa Tahfazhu Bihi ‘Ibaadakashshaalihiin.

Dengan nama Engkau, wahai Tuhanku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi, apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.


Doa Tidur Sekejap

Bismika Allahumma Amuutu Wa Ahyaa

Dengan nama-Mu, ya Allah. Aku mati dan hidup.

Koleksi Doa Untuk Suami Tersayang

Doa Untuk Suami Tersayang

Ya Tuhan, berikan suamiku akal agar dapat menggunakan pemikiran yang baik untuk perbuatan yang baik. Jauhkanlah dari fikiran-fikiran jahat dan menjerumuskan. Berikan suamiku kesabaran agar dapat menahan segal amanah dan emosinya. Berikanlah dia suatu ketabahan bila sedang di undang rasa duka.

Baca: Tafsir Mimpi Gigi Patah dan Tercabut

Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Hari Lahir

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah suamiku kemudahan untuk mencari rezeki demi keluarga. Ketuklah pintu hatinya agar dia tidak pernah lalai dalam menjalankan kewajibannya. Jagalah dia Ya Allah agar selamat dalam lindunganMu.

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan suamiku dalam pencarian rezekinya untuk memberi nafkah kepada kami sekeluarga. Kau lindungilah suamiku sepanjang hayatnya. Kau kurniakanlah dia kesihatan yang baik. Bersihkan hatinya untuk dia terus beriman kepadaMu

Suamiku. Semoga seluruh peluh dan tetesan keringat yang keluar dalam mencari nafkah untuk kami, sentiasa berkat dan dibalas dengan syurga. Aamiin

Doa Untuk Suami Tersayang

Ya Allah, berikan suamiku kemudahan rezekinya. Jika letaknya masih jauh, makan dekatkanlah. Jika masih dilangit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan didasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu menyeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga dunia dan akhirat. Aamiin

Ya Allah, limpahkan rezekiMu buat suamiku. Hindarilah dia dari penyakit yang merbahaya. Sayangi suamiku melebihi rasa sayangnya terhadap diriku. Limpahkan ampunanMu baginya seperti ia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku terhadapnya. Sesungguhnya aku mencintainya Ya Allah. Dan jadikanlah keluarga kami sebagai keluarga yang Engkau berkati.

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Baca: 15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Ya Allah, mudahkanlah urusan suamiku dan lancarkanlah rezekinya dalam mencari nafkah.

Doa Untuk Suami Tersayang

Ya Allah, jagalah suamiku ketika dia berjauhan dari aku dan keluarga. Aku menitipkan agama, amanah dan perbuatan terakhir kepada Allah. Ya Allah, lindungilah suamiku tidak kira dimana dia berada. Permudahkanlah segala urusannya dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Doa Untuk Suami Tersayang

Doa Untuk Suami Tersayang Doa Untuk Suami Tersayang

Bergambar – Untaian Doa Pagi Hari Terbaik

Ya Allah, denganMu aku menjalani pagi hari. DenganMu aku menjalani petang hari. DenganMu aku hidup dan denganMu aku mati. Hanya kepadaMu aku kembali.


Ya Allah, Sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.


Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermafaat (baki diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amalan yang diterima (disisiMu dan mendapat ganjaran yang baik) – HR Ibnu Majah dan Ahmad


Bergambar - Untaian Doa Pagi Hari Terbaik

Ya Allah, Jadikan hari ini sebagai pembuka rezeki dan keberkatan pintu kebaikan, kesihatan, keselamatan dan pintu syurga bagi kita semua. Aamiinn


Ya Allah, Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Aamiin…


Bergambar - Untaian Doa Pagi Hari Terbaik

Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui semua rencana untuku. Apapun itu, berikanlah yang terbaik untukku hari ini dan seterusnya.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ya Allah, kebulkan setiap doa kami. Hanya kepada Engkau aku meminta dan hanya kepada Engkau aku memohon segala sesuatu.


Selamat Pagi. Ya Allah, jika rezekiku masih ada dilangit, aku mohon turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, aku mohon dekatkanlah.


Ya Allah, Pagi ini aku mohon kau bersihkan hatiku dari rasa kekuatiran. Penuhi hatiku dengan kelembutan. Permudahkan rezekiku dan damaikan hatiku dalam cinta yang setia. Aamiinn….

Baca: Baik atau Buruk? Apa Petanda Kening Kiri Bergerak


Ya Allah, berikanlah kepada kami kekuatan untuk menjalani hari ini dimulai dengan pagi hari yang cerah ini. Jadikan kami hamba yang selalu bersyukur atas nikmatMu, dan jangan jadikan kami sebagai orang yang kufur.


Ya Allah. Mudahkan lisan kami untuk menyebut AsmaMu dan mengagungkannya dalam setiap langkah kami.


Doaku pagi ini. Semoga segala urusan hari ini, Allah mudahkan. Lancar tanpa ada halangan suatu apapun.