(Rumi) Doa Harian PDF – Isnin hingga Jumaat

DOA HARIAN – Doa itu adalah ibadah. Sesungguhnya Allah tidak akan menolak doa seorang hamba-Nya selama dia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa atau untuk memutuskan hubungan kekerabatan.

Doa Hari Isnin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan agama, nusa dan bangsa

Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

Muat Turun: Doa Harian Rumi PDF

Doa Hari Selasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi. Di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan dalam menjalani kehidupan seharian.

Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar
amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh
ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah
dan bertanggungjawab.

Doa Hari Rabu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.

Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan
keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i’tikad dan amalan kami agar taat
mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima
dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.

Doa Hari Khamis

Ya Allah, ya Tuhan kami, Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu
yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang
bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan
yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Doa Hari Jumaat

Di hari yang mulia ini , kami berdoa memohon ke hadratMu, satukanlah dan
perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaanMu, lahirkanlah perasaan
persaudaraan , berkasih sayang , bermuafakat , tanamkanlah ke dalam jiwa
kami sifat sabar , tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta di
permudahkan segala urusan kami.

Kami mohon, ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Berikanlah kami, ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Doa Hari Sabtu

Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk
melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah
amalan yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala
kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik
penghayatan.

Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah ,
sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Hari Ahad

Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan
keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini
diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.

Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar
sentiasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa amanah. Jadikanlah kahidupan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.

(Rumi) Doa Harian PDF - Isnin hingga Jumaat
(Rumi) Doa Harian PDF - Isnin hingga Jumaat
(Rumi) Doa Harian PDF - Isnin hingga Jumaat
(Rumi) Doa Harian PDF - Isnin hingga Jumaat

Carian Berkaitan: (Rumi) Doa Harian PDF – Isnin hingga Jumaat (Rumi)