Bergambar – 10 Doa Murah Rezeki Rumi Dari Al Quran

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, maka Allah akan

  • menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan,
  • diberikan-Nya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya

Surah Al-Maidah Ayat 114

Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata:

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki

Bergambar - 10 Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas merupakan surah yang ke-112 dalam kitab suci al-Quran. Ia memberikan penyataan ringkas tentang tauhid, keesaan mutlak Allah melalui 4 ayat yang terkandung di dalamnya.

Jadikan amalan dengan membaca sebanyak 100 kali setiap selepas selesai solat Maghrib atau tanpa mengira waktu, insya Allah terlalu banyak khasiat dan kelebihan Surah Al-Ikhlas ini. Insyaallah.

  • Pendinding atau pagar diri
  • Sihat tubuh badan, sebagai supplement, vitamin zahir dan batin
  • Dimurahkan rezeki
  • Melindungi diri daripada penzinaan
  • Menyuci dan membersihkan hati dan jiwa kita

Surah Surah Asy-Syuura Ayat 19

Bergambar - 10 Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Surah Hud Ayat 6

Bergambar - 10 Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Al-Waqiah

Sesungguhnya Surah Al Waqiah punya keistimewaan dan kelebihan yang hebat dalam usaha untuk mendapatkan rezeki serta menjauhkan diri / keluarga dari kefakiran. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan tertimpa kemiskinan selamanya.”

Muat Turun / Download: SURAH AL WAQIAH FULL PDF

Ayat 1000 Dinar

Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan - Jawi, Rumi

Bergambar - 10 Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa.

Baca: Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan – Jawi, Rumi

Surah Saad Ayat 54

Bergambar - 10 Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Terjemahannya: Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;

Surah Al-Qasas Ayat 24

Terjemahannya: Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

Surah Ar Rahman

Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah ruah rahmat-Nya. Sabda Rasulullah SAW, Barangsiapa membaca surah Ar rahman, Allah menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurnaikan kepadanya.

Carian Berkaitan: Doa Murah Rezeki