Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat

Manusia tak pernah tahu dimana dia harus menjemput rezekinya. Tapi, rezekinya pasti tahu dimana pemiliknya.

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat! Cuma kita saja yang tak sabar. Semua benda nak cepat. Bersabarlah. Rezekimu akan tiba bila-bila masa.

Rezeki Datang Dengan Pelbagai Cara

  1. Datang sebab kau cari
  2. Datang sebab Dia nak bagi
  3. Datang sebab kau pernah memberi

Kalau dah tertulis itu rezeki kita, dihempap gunung pun akan tetap jatuh ke tangan kita. Kalau dah bukan rezeki kita, dah masuk mulut pun boleh jatuh ke tanah jua. Rezeki tidak pernah salah alamat. Ia sudah diatur untuk semua penerimanya. Hanya waktu sahaja berbeza.

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki

Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat

Rezeki tak pernah salah alamat. Tak pernah menyimpang sesaat. Tak pernah salah orang dan tak pernah salah waktu.

Berniagalah walau untung hanya RM1 atau RM5 atau RM10. Sebab dari berniaga, kita belajar menjadi lebih sabar dan yakin dengan rezeki Allah.

Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat

Langit tidak perlu menjelaskan bahawa dirinya tinggi. People know you are good if you are good.

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh dekatkanlah.

Baca: Contoh Ayat Sedih Bergambar Indah – Jiwang

Ada orang, dia dapat sambung belajar tinggi, ada yang dapat kerja cepat, ada juga yang berkahwin awal dan ada yang dapay bawa orang tua pergi umrah / haji. Rezeki masing-masing. Tak pernah lambat dan tak pernah cepat. Jangan putus asa. Rezeki tak pernah salah alamat.

Rezeki itu sudah di atur oleh Allah SWT. Tidak akan salah alamat, tidak akan kurang dan tidak akan terlebih. Tugas kita hanya berikhtiar menjemputnya dan bersyukur atas apa yang telah kita perolehi.

“Tidaklah kelapangan rezeki dan amal diukur dengan jumlah yang banyak, dan tidaklah umur dipandang dari bilangan bulan dan tahun yang panjang. Akan tetapi, kelapangan rezeki dan umur diukur dengan keberkatannya” – Ibnu Qayyim

Carian Berkaitan: Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat