21 Quotes & Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah

Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Rezeki kita nanti ada Allah bagi. Sabar. Allah itu Maha Penyayang. Yang penting, kita doa dan usaha. Amiin.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” – At Talaq: 2-3

Yakinlah REZEKI itu JAMINAN ALLAH

Carilah rezeki yang halal. Walaupun sedikit ia berkat. Jangan cari yang haram. Walaupun banyak, ia akan membinasakan kita.

Koleksi Doa dan Ucapan Murah Rezeki

Doa Mohon Limpahan Rezeki

Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan engkaulah pemberi rezeki yang paling utama – Surah Al-Maidah : 114

Ya Allah, luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan dan jauhkanlah dari segala musibah.

Quotes & Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lapan Jenis Rezeki:-

  1. Rezeki yang telah dijamin
  2. Rezeki kerana usaha
  3. Rezeki kerana bersyukur
  4. Rezeki yang tidak terduga
  5. Rezeki kerana istighfar
  6. Rezeki kerana menikah
  7. Rezeki kerana anak
  8. Rezeki kerana sedekah

REZEKI. Terkadang kita meminta sesuatu kepada Allah. Namun, yang diperolehi ternyata lebih besar dari apa yang diharapkan. Itulah salah satu nikmat Allah yang “Tak Terduga”.

“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” – Surah at Thalaq: 3

Baca: Contoh Ayat Sedih Bergambar Indah – Jiwang

Jangan banding kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap orang. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tujuh Tanda Kita Murah Rezeki

  1. Kucing minta makanan.
  2. Kawan dtang minta tolong.
  3. Urusan dipermudahkan.
  4. Tak berkira soal duit.
  5. Tetamu selalu datang rumah.
  6. Dapat jaga mak ayah ketika sakit dan tua.
  7. Al-Quran jadi teman karib.
Quotes & Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah

Sekuat apapun kau genggam, bila ia belum rezekimu pasti akan hilang. Sedangkan bila itu rezekimu, selemah apapun dirimu ia pasti akan mendatangimu. Dan, yang memang untukmu akan datang meski tak kau jemput. Yang bukan untukmu akan pergi meski tak kau pinta. JODOH, REZEKI dan AJAL itu adalah Rahsia Allah.

Carian Berkaitan: Quotes & Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah