Moga Dipermudahkan Urusan – Rezeki Allah Itu Luas

Moga Dipermudahkan Urusan - Rezeki Allah Itu Luas

Rezeki Allah nak bagi tu luas. Macam macam cara dia nak datang. Terus berusaha. Percaya dan sabar kepada-Nya.

Kalau dapat, itu namanya rezeki. Kalau tak dapat, tak apa. Tak ada rezekilah tu namanya. Mungkin, kelak akan datang rezeki yang lebih baik. Kena percaya dan bersangka baik dengan yang Maha Pemberi Rezeki. Yang penting, usaha itu perlu ada. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

PERCAYALAH. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah SWT.

Mahu rezeki terus terbuka luas dan lancar? Berzikirlah! Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana zikir tidak terbatas ruang dan waktu. Setiap saat kita boleh melakukannya.

Dah cuba tapi tak mampu? Takpe.. Rezeki Allah itu Maha luas. Percayakan Dia. Sebaik baik perancangan kita sebagai manusia, rancangan Dia mengatasi segalanya. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan

Rezeki Allah Itu Maha Luas, Setiap Orang Dapat Rezeki Yang Berbeza

Moga Dipermudahkan Urusan - Rezeki Allah Itu Luas

Rezeki itu luas allah memberi dalam bentuk apapun, insha allah apapun rezeki yg allah kasih saya selalu terima dan selalu saya syukuri

Sedekah itu tidak akan membuatkan kita miskin. Bahkan, dengan sedekahlah kita akan didatangi rezeki.

Sebagaimana Allah telah mencukupkan rezekimu di hari kelmarin, maka jangan khuwatir akan rezekimu untuk esok hari – Imam Syafie.

Baca: Assalammualaikum Selamat Pagi – 35 Bergambar

Gagal sekarang tak semestinya gagal selamanya, sebaliknya takutlah kalau belum buat salah kerana tak tahu apa penyebabnya. Ada orang gagal sambung belajar, tapi dapat kerja and dah kawin sekarang. Rezeki Allah itu luas dan tak dijangka

Setiap orang, Allah SWT telah susun rezekinya. Jangan risau dalam bab aturan rezeki. Tetapi risaukanlah urusan Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki.

Rezeki Allah itu luas. Hilang hari ini, Allah bagi yang lebih baik esok.

Percayalah. Rezeki Allah itu maha luas & rezeki tidak pernah salah alamat selagi kita usaha. Man jadda Wajada. Itu janji Allah.

Moga Dipermudahkan Urusan - Rezeki Allah Itu Luas

Rezeki bukan hanya pada duit. Hidup bahagia itu juga rezeki. Keluarga itu juga rezeki. Banyak masa lapang itu juga rezeki. Rezeki anak itu juga rezeki. Suami / isteri itu juga rezeki. Kerja kita dipermudahkan itu juga rezeki. Bersyukurlah. Ada ramai lagi insan yang tidak mendapat seperti apa yang kita dapat.

Rezeki ada dimana-mana. Datang tanpa diduga. Tepat pada waktunya. Yang penting, usaha dan doa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *