Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” – Riwayat al-Bukhari

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” – Riwayat al-Tirmizi

Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah: Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” – Riwayat al-Bukhari

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” – Riwayat al-Bukhari

Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka.

Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” – Riwayat Ahmad

Baca: Kartu Bergambar: Ucapan Ulang Tahun Untuk Suami


Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman: Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. – Surah al-Baqarah: 261

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – Surah al-Baqarah: 271

Baca: Ayat Ayat Sedih Kehidupan – Pendek (Bergambar)

Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” – Surah An-Nisa’ : 114

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” – Surah al-Hadid: 18