Bergambar – Sedekah Subuh Quotes

Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqamah selama 40 hari.

Bergambar - Sedekah Subuh Quotes

Baca: 50 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” – Surah al-Hadid: 18

Keindahan Subuh. Ketika kau boleh menunaikan solat subuh, ini bererti Allah SWT memilih engkau untuk menikmati indahnya subuh, nyamannya subuh dan segarnya alam tatkala manusia lain lelap dalam tidur.

Sedekah subuh. “….malaikat keluar bersama matahari pagi dan akan mendoakan orang yang bersedekah dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah”.

Bergambar - Sedekah Subuh Quotes

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah SWT kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu diantara keduanya berdoa “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”. Sedangkan yang satunya lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan hartanya”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Raih keberkatan dengan sedekah subuh. Kenapa sedekah subuh itu termasuk sedekah di waktu yang terbaik? Kerana setiap waktu subuh, malaikat turun dan tugasnya mendoakan orang yang bersedekah di waktu subuh.

Waktu yang telah pergi tak akan kembali. Tapi, sedekah yang kita beri pasti akan kembali.

Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” – Riwayat al-Tirmizi

Baca: The Truth About Deciding What To Feed Your Pet

Jangan remehkan sedekah walau sedikit.

“Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Jika ingin melihat ajaibnya Allah SWT menyelesaikan masalahmu, BERSEDEKAHLAH.

Dahsyatnya Sedekah. Mendapatka doa mustajab dari para malaikat dengan rutin sedekah subuh.

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” – Riwayat al-Bukhari

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” – Riwayat al-Tirmizi

Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah: Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” – Riwayat al-Bukhari

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” – Riwayat al-Bukhari

Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka.

Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” – Riwayat Ahmad

Baca: Kartu Bergambar: Ucapan Ulang Tahun Untuk Suami


Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman: Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. – Surah al-Baqarah: 261

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – Surah al-Baqarah: 271

Baca: Ayat Ayat Sedih Kehidupan – Pendek (Bergambar)

Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” – Surah An-Nisa’ : 114

Koleksi Bergambar 10 Ayat Al Quran dan Hadis Sedekah

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” – Surah al-Hadid: 18

Sedekah Quotes Malaysia – Ayat Motivasi

Sedekah Quotes Malaysia - Ayat Motivasi

Pemberi Rezeki
“Apapun harta yang kalian infakkan, maka Allah SWT pasti akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” – Surah Saba: 39

SEDEKAH mampu menghapuskan dosa.
Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu emmadamkan api – Hadis Riwayat At-Tirmidzi.

Baca: Koleksi Ucapan Hari Bapa Terkini dan Terbaik

Sedekah bila kaya itu biasa. Sedekah bila miskin itu luar biasa.

Sedekah adalah bentuk rasa syukur kita pada Yang Maha Pemberi Rezeki. Jangan pernah berhitung untuk bersedekah. Allah tak pernah berhitung seberapa banyak rezeki dan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita. Semoga berkat

Sedekah Quotes Malaysia - Ayat Motivasi

Berikanlah sedekah! Kerana sedekah itu ibarat sungai yang mengalir. Kamu hanya akan terus memperoleh manfaat dari air bersihnya.

Biasakan mengeluarkan SEDEKAH meskipun hanya sedikit. Sebab sedekah akan memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati dan menghilangkan keresahan.

Dan kadangkala kita memberi bukan kerana kita kaya, tapi kerana kita tahun bagaimana rasanya ketika tak punya apa-apa.

SEDEKAH. Apa yang kamu makan akan habis. Namun, apa yang kamu beri akan kekal.

Baca: Contoh Bergambar – Waalaikumussalam Selamat Pagi

Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki dan harta.

Prinsip sedekah adalah, semakin banyak yang kita sedekahkan, maka akan semakin banyak yang akan kita terima.

Sedekah Pengubah Nasib. Membuka jalan rezeki dengan banyak memberi.

Sedekah Quotes Malaysia - Ayat Motivasi

Ketika aku berat untuk MEMBERI, aku lupa, bahawa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

SEDEKAH untuk Mengubati Penyakit.
“Ubatilah sakitmu dengan sedekah, bentengilah harta bendamu dengan zakat dan bersiaplah menghadapi cubaan dengan doa.” – Hadis Riwayat Baihaqi.

Baca: 50 – Gambar Kata Kata Sedih Menyentuh Hati Wanita

Tidak akan berkurang harta seseorang kerana bersedekah. Dan tiada seseorang yang dianiaya lalu tetap bersabar, melainkan ditambah kemuliaannya oleh Allah SWT. Dan tiada seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah SWT membuka baginya pintu kemiskinan.

Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq dan sedekahkan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan menggantikannya dengan berlipat ganda.

Sedekah Quotes Malaysia – Ayat Motivasi Sedekah Quotes Malaysia – Ayat Motivasi

Koleksi Kata dan Ayat Sedekah (Bergambar)

Sedekah Adalah Penawar dan Penyembuh.
Bentenglah harta-harta kalian dengan zakat dan ubatilah pesakit-pesakit kalian dengan sedekah – Hadis Riwayat Al-Tabrani.

Koleksi Kata dan Ayat Sedekah

SEDEKAH – Takkan berkurang harta dengan sedekah.

Bersedekahlah. Nescaya rezekimu akan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Baca: Kata Kata Kelebihan dan Kebaikan Sedekah Dalam Islam

Sedekah Tanda Syukur.

Pahal Sedekah Yang Paling Besar.
“Engkau bersedekahlah pada saat engkau masih sihat, saat engkau takut menjadi fakir, dan saat engkau berangan-angan menjadi kaya. Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga nyawamu telah sampai di tengkok, engkau baru berkata.”Untuk si fulan sekalian dan untuk fulan sekalian, dan harta itu sudah menajdi hak si fulan.”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sedekah yang Paling Afdal.
Nabi pernah ditanya sedekah mana yang paling afdal. Jawab beliau.”Sedekah dari orang yang serba kekurangan:. – Hadis Riwayat An Nasai

Banyak Bersedekah Menjadikan Hidup Lebih Berkat.
Carilah untukku orang-orang lemah, kerana kamu semua dibantu dan diberi rezeki disebabkan orang-orang lemah dalam kalangan kami – Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tarmizi.

Koleksi Kata dan Ayat Sedekah

Sedekah mengundang berkah dan rezeki.

Perbanykkan Sedekah. Hidup jadi lebih indah dan penuh berkah.

SEDEKAH AIR – Sedekah Paling Utama.
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi Air.” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Baca: 19 Ucapan2 Waalaikumussalam Salam Jumaat

Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki dan harta.

Jika ingin CEPAT KAYA, perbanykkanlah sedekah kamu.

Sedekah tidak akan membuatkanmu miskin.
“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah SWT akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” – Surah Saba’ : 39.

Koleksi Kata dan Ayat Sedekah

Rezeki itu adalah ujian. Dimewahkan bukan bererti dimuliakan. Disempitkan bukan bererti dihina. Dua kunci yang meluluskan kita adalah SYUKUR dan SABAR.

Tiga Hal Mengubah Takdir – Amalan Kerbaikan, Doa dan Sedekah.

Sedekah yang Allah SWT sukai ialah sedekah dengan harta yang paling DICINTAI.

Iringi Perniagaanmu dengan Sedekah.
“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa hadir dalam jual-beli. Maka, iringilah jual-belimu dengan banyak bersedekah. – Hadis Riwayat Tarmidzi.

Ayat Sedekah Ayat Sedekah

Kata Kata Kelebihan dan Kebaikan Sedekah Dalam Islam

Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan – Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Sedekah itu tidak membuat mu miskin.
Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah – Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Kebaikan Sedekah

Baca: Salam Subuh Quotes dan Ucapan Selamat Pagi

Sedekah memudahkan urusan dan menenangkan hati.
Firman Allah SWT: Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu di berkata (dengan penyesalah),”Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang solleh – Surah Al-Munafiqun : 10

4 Manfaat Sedekah – Mengundang datangnya rezeki, menolak bala dan musbah, menyembuhkan penyakit serta memanjangkan usia.

Jangan pernah tinggalkan sedekah walaupun keadaan SEMPIT.
Sedekah itu merupakan bukti keimanan seseorang dan mereka yang bersedekah akan memperoleh pahala yang besar di sini Allah SWT – Hadis Riwayat al-Baihaqi.

Bersedekah disaat sempit. Maka akan menjadi lapang rezekimu.

Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah

Ajaibnya sedekah. Semakin bersedekah semakin kaya.

Rutinkan sedekah pagi.
Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa,”Ya Allah berikanlah ganti pada yang bemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa,”Ya Allah, nerikanlah kebangkitan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kebaikan Sedekah

Keajaiban Sedekah Subuh.
Dari Abu Hirairah ra, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Tidak ada satu Subuh pun yang dilalui oleh para hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang bersedekah”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya dari bersedekah)”. – Hadis Riwayat Bukhari.

Tidak miskin dengan sedekah. Amalan ini amat berharga di sisi Allah.

Ali bin Abi Thalib pernah berkata; Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu, orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa, orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan diri sendiri, orang yang kuat rasa syukurnya banyak memperkatakan dan melakukan sedekah.”

Sedekah adalah saham akhirat.

Kebaikan Sedekah

Kebaikan Sedekah Kebaikan Sedekah