Bergambar – Sedekah Subuh Quotes

Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan selepas seseorang itu solat subuh.

Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqamah selama 40 hari.

Firman Allah SWT: Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” – Surah al-Hadid: 18

Sedekah Subuh Quotes

Bergambar - Sedekah Subuh Quotes

Baca: 50 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak

Keindahan Subuh. Ketika kau boleh menunaikan solat subuh, ini bererti Allah SWT memilih engkau untuk menikmati indahnya subuh, nyamannya subuh dan segarnya alam tatkala manusia lain lelap dalam tidur.

Sedekah subuh. “….malaikat keluar bersama matahari pagi dan akan mendoakan orang yang bersedekah dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah”.

Bergambar - Sedekah Subuh Quotes

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah SWT kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu diantara keduanya berdoa “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”. Sedangkan yang satunya lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan hartanya”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Raih keberkatan dengan sedekah subuh. Kenapa sedekah subuh itu termasuk sedekah di waktu yang terbaik? Kerana setiap waktu subuh, malaikat turun dan tugasnya mendoakan orang yang bersedekah di waktu subuh.

Waktu yang telah pergi tak akan kembali. Tapi, sedekah yang kita beri pasti akan kembali.

Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” – Riwayat al-Tirmizi

Baca: The Truth About Deciding What To Feed Your Pet

Jangan remehkan sedekah walau sedikit.

“Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Jika ingin melihat ajaibnya Allah SWT menyelesaikan masalahmu, BERSEDEKAHLAH.

Dahsyatnya Sedekah. Mendapatka doa mustajab dari para malaikat dengan rutin sedekah subuh.