Doa Untuk Ibu Bapa – Selepas Solat, Murah Rezeki

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Doa Ibu Bapa

Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Allahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhuma kamaa rabbayanii shaghiraa

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tua ku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Ya Rabb kami, berilah ampun kepadaku dan kedua orang tuaku serta seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadina hisab (hari kiamat) – Surah Ibrahim: 41

Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi


Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil. – Surah al-Isra: 24

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan ini kepada roh kedua ibu bapa kami. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Kasihanilah dan sejahterakanlah mereka. Maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya. Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-doa orang tuaku. Tempatkanlah kedua mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Robbal Alamin


Doa Untuk Ibu Bapa Kami

Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana belia berdua merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua yang beriman, laki laki mahupun perempuan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah ampun dan belas kasihanilah kerana Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolonganMu.


Baca: Gambar – 50 Ayat Pickup Line Cinta

Doa Untuk Ibu Bapa Rumi

Doa Untuk Ibu Bapa - Selepas Solat, Murah Rezeki

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.- Surah Ibrahim 41

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. – Surah Nuh 28

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tua ku. Berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *