Rumi – Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Rumi - Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Memohon keampunan bagi Ibu bapa

Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa saja yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada semua zaman) dan janganlah engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.

(surah Nuh, ayat 28)

Rumi - Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Memohon supaya keluarga tetap dalam iman

Wahai tuhan kami! Teimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, jadikanlah daripada keturunan kami; umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu dan tunjukkan kepada kami syariat dan cara-cara ibadah kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.

( surah al-Baqarah, ayat 127 hingga 128)

Doa untuk kesejahteraan Ibubapa

Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.

(surah al-Isra’ ayat 24)

Rumi - Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Doa mendapat zuriat

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi -Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa

(surah Ali’Imran ayat 38)

Baca: Moga Dipermudahkan Urusan – Rezeki Allah Itu Luas

Doa Nabi Ibrahim (keluarganya mendapat keampunan)

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku(40). Wahai Tuhan kami, berikanlah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibubapaku serta orang-orang yang beriman pada masa berlakunya perhitungan amal dan pembalasan.

(surah Ibrahim ayat 40 dan 41)

Doa Nabi Zakaria (zuriat)

Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat). Dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewariskan.

(surah al-Anbiya’ ayat 89)

Rumi - Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik

Wahai Tuhan kami, berikanlah kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati melihatnya, dan jadikanlah kami (imam) ikutan kepada orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

(surah al-Furqan ayat 74)

Baca: Blog Tentang Skincare dan Sihat

Doa memohon keselamatan keluarga

Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa-apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.

(surah asy-syuarak, ayat 169)

Doa Ibu bapa

“Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Rumi – Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan Rumi – Doa Ibu Bapa dan Kekeluargaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *