Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal – Keguguran

Anas ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: ‘Setiap orang Islam yang kematian anak kecil seramai tiga orang pasti Allah masukkan ke dalam syurga, kerana berkat belas kasihan Allah swt kepada anak-anak itu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: ‘Seorang Islam yang kematian anak kecil seramai tiga orang pasti tidak disentuh oleh api neraka, kecuali sekadar bagi memenuhi sumpah.'” – Direkodkan oleh Bukhari
dan Muslim.

MEMENUHI SUMPAH – sumpah Allah yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan tiada seorang pun antara kamu melainkan sampai kepadanya, (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang ditetapkan oleh Tuhanmu.” Sampai kepadanya yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah menyeberang melaluinya, iaitu menyeberang api neraka di atas laluan titian siratul mustaqim.

Oleh yang demikian, Allah swt bersumpah semua orang akan melintasi laluan ini. Sesiapa yang beriman pasti akan selamat sampai ke syurga. Sebaliknya, sesiapa yang tidak beriman makanya akan jatuh ke dalam api neraka. Semoga Allah swt menyelamatkan dan menjauhkan kita semua daripada seksaan api neraka. Aminnn

Baca: Senarai Ucapan Takziah dan Doa Untuk Orang Meninggal

Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal - Keguguran

Hadis Nabi Muhammad saw Tentang Kelebihan Kematian Anak Kecil / Bayi

Abu Said al-Khudri berkat: “Seorang wanita datang berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Kata wanita itu, ‘Wahai Rasulullah. Orang lelaki sahaja yang dapat mendengar kata-kata ajaran tuan. Luangkanlah masa sehari, supaya kami orang perempuan boleh datang bertemu dengan tuan dan tuan ajarkan kepada kami perkara yang diajarkan oleh Allah kepada tuan.’

Nabi Muhammad menjawab, ‘Puan-puan berkumpullah pada hari sekian.’

Mereka pun berkumpul dan Nabi Muhammad datang mengajar mereka perkara yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda.

Kemudian Nabi berkata, ‘Sekiranya ada seseorang dalam kalangan puan-puan yang kematian tiga orang anak kecil, pasti semua anak itu menjadi benteng kepada puan-puan daripada api neraka.’

Seorang wanita bertanya, ‘Bagaimana kalau dua orang anak?’

Rasulullah saw menjawab, ‘Dua orang anak pun begitu juga.”‘

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Contoh Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Untuk kalian sekeluarga yang masih belum sempat bertemu malaikat kecil buah hati ini, semoga Allah swt melapangkan dada serta memberikan kesabaran yang luas. Kirimkanlah doa untuk arwah. Semoga bayi ini nanti akan menjadi penolong kalian kelak dan menanti untuk berkumpul di syurga Allah. Insya-Allah.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari hati yang paling dalam, turut berduka cita sedalam-dalamnya. Bersabarlah atas kejadian ini dan yakinlah pasti ada hikmah yang baik disebaliknya. Allah itu Maha Penyayang.

Baca: Kumpulan Doa untuk Orang Sakit agar Lekas Sembuh

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Turut berduka atas apa yang terjadi. Berharap yang terbaik dan semoga kamu sekeluarga kuat untuk menjalani semua ini. Insya-Allah

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah dan turut berduka cita. Semoga kalian sekeluarga mampu mengikhlaskan dan redha akan pemergian bayi tersayang. Percayalah, Allah telah merencana sesuatu yang lebih baik dan indah untuk kalian sekeluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya-Allah

Sesungguhnya ia adalah milik Allah swt dan kepada-Nya ia akan kembali. Ya Allah, tuliskan ia di sisi-Mu termasuk dalam kalangan orang-orang yang baik, jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Dan tabahkanlah keluarga yang ditinggalkan buah hati. Aminnn… Ya Robbal Alamin.

Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal - Keguguran