Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Jangan Putus Asa Atas Musibah Yang Menimpa

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda :

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Kedua-duanya adalah baik. Bersungguh-sungguhlah menuntut perkara yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah berasa lemah. Jika sesuatu menimpamu, janganlah berkata : ‘Kalau aku buat begini, pasti akan begini dan begini..’, tetapi katakanlah : Qaddarallahu ma sya’a fa’ala (Allah telah pun menetapkannya dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki). Sesungguhnya perkataan ‘kalau’ itu membuka kerja syaitan’.

Hadis Riwayat Muslim
Ucapan Takziah: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Ucapan Takziah: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Daripada Ummu Salamah bahwa ia berkata; saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah,

{ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ }
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena musibah ini dan gantilah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.

Melainkan Allah akan mengganti baginya dengan yang lebih baik.

Kemudian Ummu Salamah berkata; Ketika Abu Salamah telah meninggal, saya bertanya, “Orang muslim manakan yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah orang-orang yang pertama-tama hijrah kepada Rasulullah ﷺ. Kemudian aku pun mengucapkan doa tersebut. Maka Allah pun menggantikannya bagiku Rasulullah ﷺ.”

– Hadis Riwayat Muslim

Nabi berjanji bahawa Allah mengganti baginya dengan yang lebih baik.

Sesungguhnya, Allah swt pastinya akan gantikan dengan yang lebih baik terhadap musibah yang kita lalui. Insya-Allah

Baca: 20 Contoh Ucapan Takziah – al Fatihah

Ucapan Takziah: Sabar Dalam Menghadapi Ujian

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Surah al-Baqarah ayat 155 

Ucapan Takziah: Jangan Putus Asa

“…janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Zumar ayat 53

Contoh Ucapan Takziah: Ringkas

  • Salam takziah diucapkan buat keluarga (nama arwah). Walaupun ujian ini begitu pahit dirasakan, semoga kita semua yakin dengan janjiNya buat hambaNya yang soleh dan solehah. InsyaAllah, syurga buat arwah.
  • Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah di atas pemergian ibu tercinta. Semoga perginya arwah adalah sebagai sebuah kerehatan dari dunia ini dan dikurniakan buatnya, syurga tertinggi yang paling indah.
  • Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
  • Ya ALLAH, Ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air syurga-Mu. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
  • Didoakan semoga arwah ditempatkan di tempat yang terbaik di sisiNya dan seluruh ahli keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan di atas ujian ini. Semoga Allah swt melihatnya dengan penuh kasih dan sayangNya.
Koleksi Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki Perempuan

Sumber: HMetro

Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa penjaga, adik beradik, sanak saudara atau kawan baik merupakan sesuatu yang terpaksa dan perlu untuk dilalui oleh semua orang. Kerana sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian.

Adalah menjadi suatu amalan kebiasaan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga orang yang meninggal dunia atas kehilangan insan tersayang.

Takziah dalam bahasa Arab

Walau dimana jua berada, sudah menjadi kebiasaan untuk mengucapkan takziah terhadap mereka yang kehilangan insan tersayang atas sebab kematian. Ini adalah bagi menzahirkan rasa hormat dan simpati kita terhadap keluarga tersebut.

Berikut adalah 5 kaedah ucapan yang biasa dilafazkan untuk mengucapkan salam takziah dalam bahasa Arab.

  1. Inna Lillahi wa Inna Ilayhi Raji’un

إنا لله وإن إليه راجعون adalah ungkapan yang paling kerap digunakan untuk mengucapkan takziah dalam bahasa Arab. Ungkapan ini membawa maksud “kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali”. Ia sering diucapkan sebagai reaksi spontan terhadap kematian orang sekeliling sama ada orang tersebut dikenali mahupun tidak.

Baca: 20 Contoh Ucapan Takziah – al Fatihah

Kata-kata kalimah ini sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan penerimaan dan kepercayaan pada rancangan Tuhan yang Maha Esa.

  1. Allah Yirhamo

الله يرحمو digunakan secara meluas untuk menyampaikan ucapan takziah dikalangan bangsa arab. Ungkapan ini bermaksud “Semoga Allah merahmatinya”. Ia sering digunakan dalam bersekali dengan pernyataan innalillahi wa inna ilayhi raji’un.

  1. Atham Allah Ajrakum

آثام الله أجركم merupakan ucapan takziah dengan makna yang lebih mendalam dan menyentuh hati. Kata-kata ini bermaksud “Semoga Allah memberi ganjaran atas kesabaran dan kebolehan anda menghadapi kesusahan ini”.

Sifat sabar dan tabah ketika diuji merupakan antara elemen utama yang perlu ada tatkala menghadap sebarang musibah. Semoga Allah sawt memberikan ganjaran pahala dan memberkati atas segala apa yang berlaku.

Kata-kata ini boleh juga dianggap sebagai doa berkat sifat sabar dan ketabahan seseorang dalam menghadapi musibah kematian insan tersayang

  1. Al Omur Ilkum

العمر إلكم lazimnya diucapkan untuk menyampaikan salam takziah kepada saudara-mara si mati. Ungkapan ini membawa maksud “semoga panjang umur dan murah rezeki”. Ini adalah cara yang penuh sopan dan hormat untuk mendoakan keluarga si mati kesihatan yang baik dalam kehidupan mereka sendiri.

Contoh2 Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

Lain-lain Ucapan Takziah Dalam Bahasa Arab

البقية في حياتك
albaqiat fi hayatik
I’m sorry for your loss

عظم الله أجركم
eazam allah ‘ajrakum
May God reward you abundantly

Walaupun anda bukan penutur berbahasa Arab , jangan segan untuk menggunakan ungkapan tersebut. Ia mempunyai makna yang mendalam dan tentunya mereka yang berkaitan akan sangat menghargai sokongan anda.

Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal – Keguguran

Anas ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: ‘Setiap orang Islam yang kematian anak kecil seramai tiga orang pasti Allah masukkan ke dalam syurga, kerana berkat belas kasihan Allah swt kepada anak-anak itu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: ‘Seorang Islam yang kematian anak kecil seramai tiga orang pasti tidak disentuh oleh api neraka, kecuali sekadar bagi memenuhi sumpah.'” – Direkodkan oleh Bukhari
dan Muslim.

MEMENUHI SUMPAH – sumpah Allah yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan tiada seorang pun antara kamu melainkan sampai kepadanya, (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang ditetapkan oleh Tuhanmu.” Sampai kepadanya yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah menyeberang melaluinya, iaitu menyeberang api neraka di atas laluan titian siratul mustaqim.

Oleh yang demikian, Allah swt bersumpah semua orang akan melintasi laluan ini. Sesiapa yang beriman pasti akan selamat sampai ke syurga. Sebaliknya, sesiapa yang tidak beriman makanya akan jatuh ke dalam api neraka. Semoga Allah swt menyelamatkan dan menjauhkan kita semua daripada seksaan api neraka. Aminnn

Baca: Senarai Ucapan Takziah dan Doa Untuk Orang Meninggal

Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal - Keguguran

Hadis Nabi Muhammad saw Tentang Kelebihan Kematian Anak Kecil / Bayi

Abu Said al-Khudri berkat: “Seorang wanita datang berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Kata wanita itu, ‘Wahai Rasulullah. Orang lelaki sahaja yang dapat mendengar kata-kata ajaran tuan. Luangkanlah masa sehari, supaya kami orang perempuan boleh datang bertemu dengan tuan dan tuan ajarkan kepada kami perkara yang diajarkan oleh Allah kepada tuan.’

Nabi Muhammad menjawab, ‘Puan-puan berkumpullah pada hari sekian.’

Mereka pun berkumpul dan Nabi Muhammad datang mengajar mereka perkara yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda.

Kemudian Nabi berkata, ‘Sekiranya ada seseorang dalam kalangan puan-puan yang kematian tiga orang anak kecil, pasti semua anak itu menjadi benteng kepada puan-puan daripada api neraka.’

Seorang wanita bertanya, ‘Bagaimana kalau dua orang anak?’

Rasulullah saw menjawab, ‘Dua orang anak pun begitu juga.”‘

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Contoh Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Untuk kalian sekeluarga yang masih belum sempat bertemu malaikat kecil buah hati ini, semoga Allah swt melapangkan dada serta memberikan kesabaran yang luas. Kirimkanlah doa untuk arwah. Semoga bayi ini nanti akan menjadi penolong kalian kelak dan menanti untuk berkumpul di syurga Allah. Insya-Allah.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari hati yang paling dalam, turut berduka cita sedalam-dalamnya. Bersabarlah atas kejadian ini dan yakinlah pasti ada hikmah yang baik disebaliknya. Allah itu Maha Penyayang.

Baca: Kumpulan Doa untuk Orang Sakit agar Lekas Sembuh

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Turut berduka atas apa yang terjadi. Berharap yang terbaik dan semoga kamu sekeluarga kuat untuk menjalani semua ini. Insya-Allah

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah dan turut berduka cita. Semoga kalian sekeluarga mampu mengikhlaskan dan redha akan pemergian bayi tersayang. Percayalah, Allah telah merencana sesuatu yang lebih baik dan indah untuk kalian sekeluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya-Allah

Sesungguhnya ia adalah milik Allah swt dan kepada-Nya ia akan kembali. Ya Allah, tuliskan ia di sisi-Mu termasuk dalam kalangan orang-orang yang baik, jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Dan tabahkanlah keluarga yang ditinggalkan buah hati. Aminnn… Ya Robbal Alamin.

Ucapan Takziah Untuk Bayi Meninggal - Keguguran

Innalillahi – 11 Ucapan Takziah Whatsapp (Copy Paste)

Al – Fatihah. moga rohmu tenang di sana bersama roh mereka yg di kasihi dan dirahmati-Nya. Moga Allah swt membalas segala kebaikkannya dan mengampunkan kekurangannya. Moga roh mu ditempatkan bersama yang beriman. Tenanglah sahabat

Ucapan Takziah WhatsApp

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

‎ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.

Ucapan Takziah Kematian Islam

Mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah, XXXXX. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat keluarga.

Innalillahiwainnailaihirojiun Ucapan Takziah

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Teramat mendukacitakan buat saya sekeluarga apabila mendapat perkhabaran Allahyarham XXXXXX meninggal dunia awal pagi ini.

Begitu banyak jasa, sumbangan dan usaha dicurahkan Allahyarham terutama sepanjang menjadi XXXXX. Satu kehilangan besar buat YYYYYY khususnya bagi ZZZZZ.

Takziah yang sedalam-dalamnya buat seluruh ahli keluarga dan kenalan rapat. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah

Innalillahi - 11 Ucapan Takziah Whatsapp (Copy Paste)

Ucapan Takziah 4

AL FATIHAH ….

Dengan penuh rasa sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa mantan XXXXX telah meninggal dunia sebentar tadi..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

Contoh Ucapan Takziah Kematian Islam Lelaki

Mengiringi perjalanan terakhir sahabat karib / Abang (XXXXX) yang pergi meninggalkan kita pada XXXXX.

Terima kasih Bangmat diatas segala kenangan kita bersama. Semoga Bangmat tenang disana.

Arwah baik, semua orang sayang padanya.

Innalilahhiwainaillahirojiun..

Al-Fatihah …

‎ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

‎ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya…. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Contoh Ucapan Pemberitahuan Takziah Kematian Islam di Facebook

Assalamualaikum….

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ

ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞

ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞

ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞

ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞

ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞

ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Al-Fatihah …

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya…. .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ

Dukacita dimaklumkan bahawa AYAH / IBU saya XXXXX telah meninggal dunia

  • Nama :
  • No Rumah :
  • Masa Mati :
  • Tarikh Mati :
  • Tempat Meninggal :
  • Tempat Kebumi :

Semoga Roh Allahyarham / Allahyarhamah ditempatkan di kalangan roh hamba-hamba-Nya yang soleh dan dipermudahkan segala urusan.

Ucapan Takziah Ringkas

Innalillahiwainnailaihirojiuun. Alfatihah. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Salam Takziah buat XXXX & keluarga. Moga diberikan ketabahan atas kehilangan orang yang disayangi.

Ucapan Takziah Kematian

Salam semua, Dukacita dimaklumkan bahawa XXXXX telah pun meninggal dunia pada XXXXX.

Ya Allah engkau lapangkan kuburnya, golongkanlah arwah dalam golongan orang-orang beriman. Sama-sama kita sedekahkn Al-Fatihah untuk arwah XXXXX. Terima kasih.

Ucapan Salam Takziah Panjang

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah,

  • Ampunilah Dia
  • Rahmatilah dia
  • Maafkanlah dia
  • Muliakanlah kematiannya lapangkanlah kuburnya jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya; dan
  • Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin

Al fatihah

Ucapan Salm Takziah Kematian

Salam takziah kepada seluruh waris dan keluarga Allahyarham XXXXX. Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama-sama para syuhada dan orang-orang yang beriman.

Ucapan Takziah Atas Kematian Ibu

AL-FATIHAH. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas IBU ku dan ditempatkan dikalangan para solehah.

ALLAH lebih sayangkan mak , semangat mak sangat kuat. Alhamdulillah sempat kami anak-anak dan cucu-cucu berada di sisi mak sehingga hembusan nafas yang terakhir. Perginya BONDA ku dalam keadaan yang sangat tenang. Kami semua sayangkan EMAK. AL-FATIHAH

102 Contoh Ucapan Takziah Whatsapp

Contoh Ucapan Takziah Whatsapp

Memahami pentingnya memberikan dukungan, sokongan dan empati kepada orang-orang yang kehilangan insan yang dicintai adalah hal yang penting. Berikut ini adalah contoh ucapan salam takziah yang dapat anda gunakan:

Kami sangat berduka cita mendengar perkhabaran tentang pemergiaan XXXXXXXX. Semoga Tuhan memberikanmu kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi masa-masa sulit ini. Semoga rohnya diterima di sisi-Nya dan diberi tempat terbaik di syurga. Kami mengirimkan doa dan dukungan kami kepadamu dan keluarga.

Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh

Baca: Condolences – Contoh Ucapan Takziah in English

Contoh Ucapan Takziah Whatsapp

Semoga rohnya mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama satu kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin

Ucapan Takziah

Ucapan takziah merupakan ungkapan simpati dan dukacita terhadap orang yang kehilangan ahli keluarga, kerabat, atau teman rapat. Ucapan takziah ini biasanya bersifat umum dan lebih formal. Ia sering kali berupa doa dan harapan untuk kesabaran bagi keluarga yang ditinggalkan oleh si mati / arwah.

Ucapan Belasungkawa

Ucapan belasungkawa pula merupakan ungkapan simpati dan dukacita. Akan tetapi ia lebih menjurus kepada upacara atau ritual yang dilakukan sebagai bentuk penghormatan terhadap orang yang telah meninggal / si mati / arwah. Ungkapan belasungkawa sering digunakan dalam konteks perayaan kematian, contohnya termasuklah acara pemakaman atau upacara adat tertentu.

Ucapan Belasungkawa dan Takziah Bahasa Inggeris


Baca: Ucapan Kematian – Orang Meninggal

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Nya yang Maha Besar.

Contoh Ucapan Takziah Whatsapp

Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi saat duka dan kehilangan ini. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.


Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Pagi

Ya Allah Ya Tuhanku.

Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya.

Lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Ucapan Takziah Whatsapp Ucapan Takziah Whatsapp