Ucapan Takziah: Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah menerangkan, “Allah menerangkan, ‘Apabila Aku mengambil nyawa seseorang yang dikasihi oleh hamba-Ku yang beriman, kemudian beliau bersabar dan rela, sudah pasti balasan untuknya adalah syurga.'” – Direkodkan oleh Bukhari.

Doa Untuk Orang Meninggal – Sunnah

Ummu Salamah berkata, Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: ‘Apabila saudara-saudara melawat orang sakit ataupun melawat jenazah, saudara-saudara hendaklah bercakap perkara-perkara yang baik. Ini kerana malaikat-malaikat mengaminkan semua kata-kata saudara.

Ummu Salamah menyambung lagi, “Semasa Abu Salamah baru meninggal dunia, saya berjumpa dengan Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasulullah. Suami saya Abu Salamah sudah meninggal dunia.'”

Rasulullah menjawab, Wahai Ummu Salamah, bacalah, ‘Ya Allah, ampunkan dosa saya dan dosanya. Berikanlah pengganti yang baik kepada saya.” Ummu Salamah berkata lagi, ‘Allah pun memberikan saya pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah. Dialah Nabi Muhammad.”

Hadis Riwayat oleh Muslim

Baca: Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru – Teman Kerja

Ucapan Takziah: Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal

Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal Dunia

Ummu Salamah berkata: “Saya dengar Rasulullah saw bersabda, ‘Seorang hamba Allah yang ditimpa bencana, kemudian beliau berdoa, ‘Kita semua milik Allah dan kita pasti kembali semula kepada-Nya. Ya Allah, berilah pahala kepada saya dengan sebab bencana ini. Gantikan kepada saya dengan perkara yang lebih baik.’ Allah pasti memberi pahala dan memberi ganti kepadanya dengan perkara yang lebih baik. Ummu Salamah berkata lagi, ‘Apabila Abu Salamah meninggal dunia, saya membaca doa yang diajar oleh Rasulullah. Kemudian Allah memberi kepada saya pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW” – Hadis Riwayat Muslim.

Abu Musa ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Apabila anak seorang hamba Allah meninggal dunia, Allah bertanya kepada para malaikat, ‘Adakah kamu semua sudah mencabut roh anak hamba-Ku?’ Para malaikat pun menjawab, Ya. Allah bertanya, ‘Kamu semua mencabut roh buah hatinya?” Mereka menjawab, ‘Ya.’ Allah bertanya lagi, ‘Apa kata hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab, ‘Dia hanya memuji-Mu dan menyebut, ‘Kita semua milik Allah dan kita kembali semula kepada-Nya.’ Allah pun menerangkan, ‘Binalah sebuah rumah di dalam syurga untuk hamba-Ku itu. Namakan rumah itu dengan nama ‘Baitul Hamdi’ iaitu Rumah Pujian.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Ucapan Takziah: Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal

Usamah bin Zaid berkata: “Seorang anak perempuan Nabi Muhammad saw menghantar seorang wakil kepada baginda. Anak perempuan Nabi saw itu ingin menyampaikan berita berkenaan anak lelakinya yang hampir meninggal dunia, serta mengharapkan kedatangan baginda. Nabi Muhammad menerangkan kepada wakil yang dihantar itu, ‘Saudara baliklah dahulu kepadanya. Beritahu kepada beliau, apa yang diberi dan apa yang diambil semula itu adalah hak milik Allah. Semua perkara yang dijadikan Allah mempunyai batas masa yang tertentu. Oleh itu suruhlah beliau bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Doa Untuk Orang Meninggal Allahummaghfirlahu

Uthman bin Affan berkata: “Biasanya apabila jenazah selesai dikebumikan, Nabi Muhammad saw berdiri dekat kubur dan berkata, ‘Saudara-saudara mintalah ampun untuk sahabat saudara ini. Mintalah juga supaya ditetapkan hatinya kerana sekarang dia sedang disoal.'” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Amru bin As berkata: “Apabila saudara-saudara sudah selesai mengebumikan saya, tunggulah di sekitar kubur saya kira-kira selama seekor lembu disembelih dan dibahagi-bahagikan dagingnya. Sehingga saya berasa selesa dengan kehadiran saudara-saudara dan sehingga saya selesai menjawab soalan malaikat.” – Hadis Riwayat Muslim

Doa Untuk Jenazah Lelaki – Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu

Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah laki-laki), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”


Doa Untuk Jenazah Perempuan – Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha

Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah perempuan), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.