Rumi – 9 Doa Pagi Mohon Keampunan Perlindungan

Doa elak kematian yang menggerikan

Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada engkau daripada tersungkur (ke dalam jurang) keruntuhan bangunan, tenggelam dan terbakar.

Dan aku berlindung kepada engkau daripada godaan syaitan ketika hendak mati.

Dan aku berlindung kepada engkau untuk mati dalam keadaan membelakangi jalanmu. Dan aku berlindung kepada engkau daripada mati kerana disengat binatang berbisa.

Doa memohon ketakwaan

Ya Allah, berikanlah jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwa ini. Engkaulah sebaik-baik zat yang menyucikannya. Engkaulah penolong dan pelindung.

Doa berlindung daripada Azab Kubur, Bakhil dan Ujian

Ya Allah, sungguh aku berlindung kepadamu daripada sifat kedekut dan aku berlindung kepadamu daripada sifat pengecut. Aku berlindung kepadamu daripada sisa umur yang sia-sia. Aku berlindung kepadamu daripada seksa dunia (seksaan Dajjal) dan aku berlindung kepadamu daripada seksa kubur.

Doa agar terselamat daripada seksaan kubur.

Maha Berkat (serta Maha Tinggi kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan memanglah Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. – Surah al-Mulk ayat 1:

Baca: Rezeki Quotes: Rezeki Tak Salah Alamat

Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi terdahulu.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan, dan janganlah engkau jadikan dalam hati kami perasaan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu. – Surah al- Hasyr ayat 10:

Doa agar menjadi orang yang taat.

(Ya Allah jadikanlah kami ini daripada golongan) yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan sebaik-baiknya (dari segi hukum agama). Mereka itulah orang yang diberikan hidayah oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal. – Surah az-Zumar ayat 18:

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Doa memohon keampunan.

Ya Allah, berikanlah keampunan kesalahan dan kebebalanku, serta masalah lain yang aku lakukan dengan melebihi batas dalam menjalankan urusanku, di samping tentang segala perkara yang Engkau lebih mengetahui dibandingkan aku.

Ya Allah, ya tuhanku, berikanlah keampuan atas kekeliruan yang aku lakukan dengan kesedaran hatiku, yang bertingkah, yang tidak sengaja, dan yang saya sengaja, yang semuanya pasti ada pada diriku.

Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa yang pernah aku lakukan, yang belum ku lakukan, dan menjadi rahsiaku, yang aku jalankan secara terang-terangan, dan dosa-dosa yang Engkau lebih ketahui dibandingkan aku.

Engkaulah yang mendahulukan sesiapa sahaja yang Engkau kehendak untuk menjalankan ibadah, dan mengakhirkan siapa sahaja yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinanya dan Engkaulah Yang Maha Kuasa aats segalanya.

Doa mohon ampun dari kekeliruan, kesengajaan , kebodohan dalam urusan.

Ya Allah, ampunkan kesungguhanku dan sendaku dan kekeliruanku, sengajaku dan semua itu ada padaku.

Doa mohon ampun dan kesucian hati serta keredaan Allah

Ya Allah, sucikanlah hatiku dari sifat-sifat munafik, jauhkanlah amal perbuatanku dari perbuatan yang hanya berpura-pura sahaja, hindarkanlah lisanku dari kata-kata dusta, dan kedua mataku dari tidak jujur.

Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.

Carian Berkaitan: Rumi – Doa Pagi Mohon Keampunan dan Perlindungan