Koleksi Doa Ziarah Kubur Rumi Bahasa Melayu

Doa Ziarah Kubur Rumi Bahasa Melayu – Berdasarkan kepada tradisi serta amalan biasa, kebanyakan daripada kita akan menziarahi kubur sebelum atau pada bulan Ramadan / Aidifitri khusunya kubur ibu bapa, sanak saudara dan insan yang punya hubungan rapat.

Amalan menziarahi kubur merupakan amalan sunnah kerana sedikit sebanyak ia boleh mengingatkan kita terhadap hari akhirat. Kerana sesungguhnya kematian dan alam barzakh itu adalah benar.

Buraidah berkata: “Nabi Muhmmad saw bersabda, ‘Saya melarang saudara semua supaya tidak melawat kubur. Tetapi sekarang, pergilah saudara menziarahi kubur.'”

Hadis Riwayat Muslim

Baca: Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru – Teman Kerja

Ucapan Salam Terhadap Ahli Kubur (Jawi, Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu)

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ غَداً مُؤَجَّلُونَ وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ

Assalamu’alaìkum dara qaumin mu’minin wa atakum ma tu’adun ghadan mu’ajjalun, wa inna ìnsya-Allahu bikum lahiqun.

Assalamualaikum, wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman. Telah datang kepadamu janji Allah yang ditunda esok hari, dan kami insya-Allah akan mengikutimu.

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad saw, kita disunatkan untuk membaca doa ziarah kubur tatkala menziarahi kawasan perkuburan. Bersama ini disertakan beberapa contoh doa ziarah kubur menurut hadis Nabi saw untuk panduan bersama:

Doa Ziarah Kubur Rumi Bahasa Melayu

Doa Ziarah Kubur – Rumi (Menurut Hadis)

Buraidah berkat: “Nabi Muhammad saw memberitahu sahabat-sahabat beliau supaya apabila mereka pergi melawat kubur, ucapkan doa yang bermaksud ‘Selamat sejahtera atas saudara semua, wahai penghuni perkampungan orang yang beriman dan orang Islam. Dengan izin Allah, kami ikut saudara. Saya mohon daripada Allah swt keselamatan bagi kami dan saudara semua.” – Hadis Riwayat Muslim.

Syaidatina Aisyah ra berkata: “Pada malam-malam apabila tiba giliran Nabi Muhammad saw bermalam di rumah Aisyah, Nabi Muhammad saw keluar pada tengah malam, lalu Baginda pergi ke tanah perkuburan Baqi, kemudian berdoa, yang maksudnya ‘Selamat sejahtera ke atasmu semua, hai perkampungan orang yang beriman. Esok adalah masanya. Dengan izin Allah, kami ikut kamu. Ya Allah, ampunilah para penghuni perkuburan Baqi.” – Hadis Riwayat Muslim

Abdullah bin Abbas berkata: “Pada suatu masa Nabi Muhammad saw berjalan melintasi kawasan perkuburan Madinah. Baginda pun menghadap ke arah kubur-kubur itu sambil berdoa yang bermaksud, Selamat sejahtera ke atas saudara-saudara sekalian, wahai penghuni kubur. Moga-moga Allah mengampuni kami dan saudara-saudara semua. Saudara-saudara pergi terlebih dahulu, dan kami menyusul.‘” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Baca: Bacaan Doa Ziarah Kubur, Hukum, Serta Tata Caranya

Doa Ziarah Kubur – Rumi, Jawi, Terjemahan Bahasa Melayu (Panjang)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار, وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ونَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Allahummaghfìrlahu war hamhu wa ‘aafìhii wa’fu anhu, wa akrim nuzuulahu wawassi’ madholahu, waghsìlhu bil maa’i watssalji walbaradi, wa naqqihi, minaddzzunubi wal khathaya kamaa yunaqqatssaubul abyadhu minad danasi. Wabdilhu daaran khairan min daarihii wa zaujan khairan min zaujihi. Wa adkhilhul jannata wa aidzhu min adzabil qabri wa min adzabinnaari wafsah lahu fì qabrihi wa nawwir lahu fìhi

Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah kemaafan kepadanya. Berikanlah kehormatan baginya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, ais, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya