Ucapan Takziah: Doa Menutup Mata Jenazah (Rumi)

Ya Allah, ampunkanlah XXXXXX (nama jenazah). Angkatlah kedudukannya bersama orang yang mendapat petunjuk. Gantikanlah beliau dengan keturunannya. Ampunkan dosa kami dan dosanya, wahai Tuhan seluruh alam. Lapangkanlah kuburnya dan berilah cahaya kepadanya di dalam kubur itu

Ucapan Takziah: Doa Menutup Mata Jenazah (Rumi)

Baca: Koleksi Ucapan Takziah

Ummu Salamah berkata: “Rasulullah saw masuk ke tempat Abu Salamah yang baru meninggal dunia. Pada waktu itu matanya masih terbuka, lalu Rasulullah saw pun menutupnya.

Kemudian, baginda berkata, Apabila roh dicabut, mata mengikut arah roh itu keluar.’ Orang ramai seisi keluarga itu gempar.

Rasulullah saw pun berkata, ‘Saudara-saudara jangan mendoakan kepada diri saudara sendiri kecuali perkara yang baik-baik sahaja. Malaikat-malaikat mengaminkan kata-kata saudara semua.’

Selepas itu Rasulullah berdoa, ‘Ya Allah, ampunkanlah Abu Salamah. Angkatlah kedudukannya bersama orang yang mendapat petunjuk. Gantikanlah beliau dengan keturunannya. Ampunkan dosa kami dan dosanya, wahai Tuhan seluruh alam. Lapangkanlah kuburnya dan berilah cahaya kepadanya di dalam kubur itu.’

Hadis Riwayat Muslim

Ucapan Takziah: Doa Menutup Mata Jenazah (Rumi)