Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru – Teman Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang hadir.

Jutaan terima kasih saya ucapankan kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Perpisahan yang dianjurkan secara kecil-kecilan ini sempena hari terakhir saya berkerja di Syarikat XXXXXXXXX.

Untuk makluman, saya telah bekerja selama hampir XX tahun di syarikat ini. Sesungguhnya saya amat berterima kasih, bersyukur atas peluang dan rezeki yang diberikan.

Ucapan Perpisahan untuk Persaraan 1 (Diri Sendiri)

Kepada rakan pasukan saya khususnya di Jabatan Korporat dan Pemasaran, saya menghargai kerja keras anda bekerjasama menggembling tenaga melakukan bidang tugas dengan penuh dedikasi. Beberapa kempen pelanggan kami yang paling berjaya, termasuk Karnival Bersama Rakyat yang saban tahun dianjurkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Kepada Ahmad, pengganti saya sebagai Pengarah Pemasaran, saya berbesar hati dapat menyaksikan perkembangan anda sepanjang 11 tahun yang lalu sebagai seorang yang profesional dan berilmu. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana visi anda membawa syarikat ini ke tahap seterusnya. Saya yakin anda boleh memimpin jabatan ini dalam memberikan imej dan bakat baharu kepada syarikat.

Saya sangat gembira untuk bersara. Namun, pada masa saya saya akan merindui kerja taulan disini. Terima kasih sekali lagi. Dan semoga berjaya semuanya!”

Baca: Bahasa Arab – 23 Ucapan Hari Lahir Islam Penuh Keinsafan

Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru - Teman Kerja

Ucapan Perpisahan untuk Persaraan Guru (Wakil Pelajar)

Selamat Pagi semua! Seperti semua sedia maklum, berkumpulnya kita pada hari ini adalah bersempena untuk meraikan hari persaraan Cikgu Aida Ismail yang akan bersara wajib bermula minggu hadapan. Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai warga pendidik selama hampir 21 tahun.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mencurah keringat dan menghabiskan masanya di kalangan pelajar, berkongsi ilmu pengetahuan dan pelajaran hidup yang penting untuk para pelajar. Sungguh! Beliau telah memberikan dokongan dan sokongan kepada setiap pelajar dan mengajar kami akan banyak pelajaran hidup yang berharga.

Sebagai seorang guru yang hebat, beliau juga telah membantu kami memahami apa itu kejayaan dan sentiasa menyedarkan kami tentang kepentingan kehidupan di luar sana. Pada masa sama, beliau sentiasa ada pada bila-bila masa yang kami perlukan khususnya tatkala memerlukan bantuan dan khidmat nasihat.

Cikgu Aida Ismail sangat bijak membuat semua pelajar memahami konsep fizik yang sukar. Cara beliau yang kreatif dan bersahaja tatkala mengajar menjadikan subjek ini kelihatan mudah untuk difahami. Bagi pihak setiap pelajar, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha anda untuk mengajar kami.

Sebagai seorang guru yang cemerlang, kreatif, dan rajin beliau sangat pandai menguruskan majlis. Umumnya, Cikgu Aida yang banyak memikul tanggungjawab penganjuran Pesta Sains dan Temasya Sukan Tahunan di sekolah kami saban tahun. Sepanjang berada di sekolah ini, beliau dengan rendah hati telah mengambil bahagian dan menyumbang kepada semua acara.

Bagi pihak pelajar, saya ingin mengatakan bahawa, Cikgu Aida Ismail akan sentiasa kami rindui. Apabila kami datang minggu hadapan dan belajar Fizik, ia tidak akan menarik seperti semasa anda mengajarnya. Kehadiran cikgu di pesta tahun hadapan pasti akan dinanti dan dirindui.

Dari sudut hati paling dalam, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Aida Ismail kerana menjadi seorang guru yang hebat dan tauladan untuk generasi akan datang. Saya harap Cikgu Aida Ismail akan mempunyai kehidupan yang sangat damai dan bahagia. Terima kasih banyak atas jasa Cikgu!

Contoh Ucapan Perpisahan Persaraan Guru - Teman Kerja