Kenyataan Media – Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina

PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2024

  • Pemberian tol percuma bersempena Tahun Baharu Cina pada 8 dan 9 Februari 2024.
  • Bermula jam 12.01 pagi pada 8 Februari 2024 sehingga jam 11.59 malam pada 9 Februari 2024.
  • Implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
  • Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Baca: Makna Tahun Naga – Ucapan Tahun Baru Cina 2024

Kenyataan Media - Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina

KENYATAAN MEDIA: PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUNBARU CINA TAHUN 2024

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja pada 8 dan 9 Februari 2024 sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.Tol percuma oleh Kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan TahunBaru Cina kali ini.

Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan meancang perjalanan dengan sewajarnya dan dinasihatkan memathi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan. Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipathi supaya sema pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi.

Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) aitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Makna Tahun Naga – Ucapan Tahun Baru Cina 2024

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan antara sambutan yang dinantikan khususnya bagi Masyarakat Cina. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina yang mana pada tahun ini ia jatuh pada 10 Februari 2024 (Sabtu). Setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi makna dan tuahnya yang tersendiri.

Maksud Tahun Naga

Naga dianggap sebagai simbol kekuatan, kekayaan, kehormatan, kejayaan, dan keuntungan. Ia mempunyai keunikan tersendiri dengan menjadi satu-satunya makhluk mitos yang ada di antara dua belas binatang zodiak Cina

Haiwan naga merupakan simbolik kepada kekuatan, kejayaan, kecerdasan dan ketekunan yang tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah jika individu yang lahir pada tahun Naga sering menjadi tumpuan utama atas sifat kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan masalah.

Sebagai individu yang bersifat berdikari, Naga juga dikenali sebagai pemimpin semulajadi. Mereka mempunyai aura karismatik yang mampu memikat hati sesiapa saja. Naga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik, sejajar dengan lambangnya yang melambangkan kejayaan, kemegahan dan kemenangan.

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

Sambutan Tahun Baru Cina

Sama seperti sambutan perayaan yang lain, rumah dan masyarakat Tiongua akan dibersihkan dan diperindahkan dengan hiasan tanglung, buah limau, bunga dan pokok limau sebagai simbolik murah rezeki. Sambutan dimulakan pada lewat petang sebelum tahun baru menjelang tiba. Kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk ‘makan besar’ beramai-ramai sebagai simbolik kepada ikatan kekeluargaan yang kukuh. Pada ambang tengah malam tahun baru pula, mercun akan dibakar menandakan bermulanya tahun baru.

Bagi memeriahkan lagi suasana, kaum cina akan memakai pakaian baru yang kebiasaaanya berwarna merah. Terdapat banyak ucapan Tahun Baru Cina yang diucapkan oleh orang Cina apabila mereka menyambut Hari Raya Cina. Ucapan-ucapan itu adalah satu bentuk kesyukuran dan kasih sayang kepada orang lainnya. Seperti “Gong Xi Fa Cai” dalam bahasa Mandarin yang bermaksud nasib baik dan sejahtera.

Makna Tahun Naga - Ucapan Tahun Baru Cina 2024

Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru Cina

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina. Semoga Tahun Baru Cina ini membawa kemakmuran, keberkatan dan kesihatan terbaik kepada saudara-saudari semua. May you and your family enjoy good health, wealth, and happiness always. Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le!

Gōng hè xīn xǐ, wàn shì rú yì ( 恭贺新禧,万事如意 )
Semoga selamat dan bahagia sepanjang tahun baru.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Semoga perayaan ini membawa “Ong” kepada seluruh rakyat Malaysia. Juga kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia terus diraikan demi perpaduan dan keutuhan Negara tercinta. Xi Nian Kuai Le. Huat Ah!

Cái yuán gǔn gǔn ( 财源滚滚 )
Semoga rezeki melimpah ruah kepada Anda tahun ini

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda semua.

Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina dan selamat bercuti buat rakyat Malaysia! Gong Xi Fa Cai Xin Nian Kuai Le!

Zhù wǒ de zhìyǒu xīnnián kuàil ( 祝我的挚友新年快乐。)
Selamat tahun baru kawan!

Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan FB Tiong Hua yang merayakannya.Semoga lebih maju pada tahun baru ini.

Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini akan membawa kebaikan dan semua permintaan anda dipenuhi

Zhāo cái jìn bǎo ( 招财进宝 )
Semoga dikurniakan rezeki

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财

Xīn xiǎng shì chéng ( 心想事成 )
Semoga semua hajat awak menjadi kenyataan

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai

Sama-sama kita Maju Ke Hadapan
祝大家,新年快樂,鼠報豐年!
Selamat Tahun Baru Cina buat semua.

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina In Chinese

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina In Chinese

Sekiranya anda ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Cina kepada sanak saudara, kenalan atau rakan taulan, Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Cina ialah “新年快乐” atau dalam ejaan ruminya sebagai Xīnnián kuàilè. Secara umumnya, ia membawa maksud “Tahun Baru Gembira.” Dalam bahasa Melayu pula, ucapan ini dapat diterjemahkan sebagai “Selamat Tahun Baru Cina.”

Terdapat juga ucapan lain yang seringkali digunakan, iaitu “恭喜发财” (Gōngxǐ fācái), yang membawa makna “Selamat dan Berjaya dalam Urusan Kewangan.” Ucapan ini sering diucapkan semasa menyambut Tahun Baru Cina sebagai doa agar beroleh kejayaan, kekayaan dan kemewahan.

Selain itu, anda boleh menggunakan “新年快乐” (Xīnnián kuàilè) yang bermaksud “Selamat Tahun Baru Cina” atau “恭喜发财” (Gōngxǐ fācái) yang bermakna “Selamat dan Berjaya dalam Urusan Kewangan”

Baca: Makna Tahun Naga – Ucapan Tahun Baru Cina 2024

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina In Chinese

新年快乐!

  • Bahasa Cina: Xīnnián kuàilè
  • Bahasa Melayu: Selamat Tahun Baru Cina
  • English: Happy Chinese New Year

恭喜发财,红包拿来!

  • Bahasa Cina: Gōngxǐ fācái, hóngbāo ná lái!
  • Bahasa Melayu: Selamat dan Berjaya dalam Urusan Kewangan, bawa masuk angpau!
  • English: Congratulations and Prosperity, bring in the red packets!

身体健康,龙马精神!

  • Bahasa Cina: Shēntǐ jiànkāng, lóngmǎ jīngshén!
  • Bahasa Melayu: Kesihatan yang baik, semangat yang bertenaga!
  • English: Good health, spirited like a dragon and horse!

五福临门,家庭幸福!

  • Bahasa Cina: Wǔ fú lín mén, jiātíng xìngfú!
  • Bahasa Melayu: Lima keberuntungan masuk pintu, kebahagiaan di dalam keluarga!
  • English: May the five blessings come to your home, bringing happiness to the family!

龙年大吉,步步高升!

  • Bahasa Cina: Lóng nián dà jí, bùbù gāo shēng!
  • Bahasa Melayu: Tahun Naga membawa keberuntungan besar, naik tinggi langkah demi langkah!
  • English: The Year of the Dragon brings great luck, rising higher with each step!

事业蒸蒸日上,财源广进!

  • Bahasa Cina: Shìyè zhēngzhēngrìshàng, cáiyuán guǎng jìn!
  • Bahasa Melayu: Kerjaya berkembang pesat, rezeki melimpah ruah!
  • English: Career flourishing, wealth pouring in!

心想事成,万事如意!

  • Bahasa Cina: Xīnxiǎngshìchéng, wànshì rúyì!
  • Bahasa Melayu: Harapan dihati terwujud, segala urusan dipermudahkan!
  • English: May all your heart’s desires come true, and may everything go smoothly!

青春常驻,笑口常开!

  • Bahasa Cina: Qīngchūn chángzhù, xiàokǒu cháng kāi!
  • Bahasa Melayu: Pemuda selalu bersemangat, senyum sentiasa terukir!
  • English: May youthfulness stay with you, and may your laughter be continuous!

一帆风顺,步步高升!

  • Bahasa Cina: Yīfānfēngshùn, bùbù gāo shēng!
  • Bahasa Melayu: Segala urusan lancar, naik tinggi langkah demi langkah!
  • English: Smooth sailing, rising higher with each step!

吉星高照,福气满堂!

  • Bahasa Cina: Jíxīng gāo zhào, fúqì mǎntáng!
  • Bahasa Melayu: Bintang keberuntungan bersinar terang, keberkatan penuh di rumah!
  • English: Lucky stars shining bright, blessings filling the household!
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina In Chinese

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Bahasa Inggeris

Happy Chinese New Year to all Chinese in Malaysia.

Happy Lunar New Year to everyone welcoming in the Year of the Wood Dragon. May this year bring you and your loved ones good health, joy, and prosperity.

Happy Chinese New Year saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang berbangsa Cina. Semoga tahun baru ini akan membawa tuah, kemewahan dan kegembiraan untuk kalian semua! Selamat bercuti dan selamat beraya

Let’s celebrate with lot of LOVE. Happy Chinese New Year! Sending wishes of health, wealth & wisdom in the Lunar New Year. Huat Ah!!!

Wishing You A Happy Chinese New Year. Gong Xi Fat Cai

Kami sekeluarga ingin Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina “GONG XI FAT CHAI”. Semoga sukses selalu!

We wish everyone Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai. May you have a new year filled with luck. Tu-gether let’s 𝐇𝐄𝐍𝐆!!!𝐎𝐍𝐆!!!!𝐇𝐔𝐀𝐓!!!

Semoga perayaan Tahun Baru Cina CNY kali ini meriah buat mereka yang merayakannya bersama keluarga.

Xin Nian Kuai Le (Selamat Tahun Baru)

Happy Chinese New Year to all my Chinese family & friends. May this new year continuesly bring happiness, good health & prosperity to every each one of us & Happy holiday everyone! 中国新年快乐

Happy Chinese New Year. May better luck come into us in this new year. Gong xi. Gong xi. Gong xi fa cai .

Selamat Tahun Baru Cina. Sheng Yi Xing Rong (Semoga usaha bertambah maju)

Kiong Hi Fat Coi Ang Pau Na Lai. (Selamat Tahun Baru. Angpaunya tolong berikan kepada saya)