Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format

Membaca doa setelah selepas usai sahaja mengerjakan ibadah solat adalah amalan umum yang dilakukan dalam kalangan orang Islam.

Berikut adalah beberapa contoh doa selepas solat (ringkas dan panjang – rumi dan terjemahan) yang biasa dibaca setelah menunaikan solat:

Doa Istighfar (Memohon Pengampunan):

“Astaghfirullahaladzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum, wa atubu ilaih.”

Ertinya: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Suci, tiada Tuhan selain-Nya, yang Maha Hidup, yang terus menerus berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Doa Tahmid (Membaca Hamdalah):

“Alhamdulillahilladzi at’amana wa saqana, wa ja’alana minal muslimin.”

Ertinya: “Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami, dan menjadikan kami sebagai orang-orang Islam.”

Doa Istigfar (Memohon Pengampunan):

“Allahumma antas salam, wa minkas salam, tabarakta yaa dzal jalali wal ikram.”

Ertinya: “Ya Allah, Engkau-lah sumber kedamaian, dari-Mu kedamaian, Maha Suci Engkau, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.”

Doa Pintu Rezeki:

“Allahumma inni as-aluka ‘ilman nafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.”

Ertinya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”

Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format

Doa Selepas Solat – Subuh

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

KLIK –DOA SELEPAS SOLATFARDU – FORMAT PDF

Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format

Doa Selepas Solat – Zohor

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.

Baca: Gambar Waalaikumsalam Selamat Pagi Yang Indah

Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format

DOA SELEPAS SOLAT – ASAR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada  kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan sempurnakan nikmatMu ke atasnya.

Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.

Baca: Peranan Persatuan Pengguna Menangani Kenaikan Harga Barang

Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format

DOA SELEPAS SOLAT – MAGHRIB

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

DOA SELEPAS SOLAT – ISYAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.

Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.

Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu.

Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil.

Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik.

Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Carian Berkaitan: Doa Selepas Solat Rumi