Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Bergambar Doa Selepas Solat - Dhuha, Witir, Taubat, Tahajjud

Doa Tahajjud Rumi

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Doa Dhuha Rumi

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Baca: 1001 Ucapan Sanah Helwah Ya Jamil Terbaik dan Terkini

PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi dan Kelebihannya

Muat Turun – Doa Solat Dhuha PDF Versi Rumi, Jawi dan Terjemahan

Doa Dhuha Terjemahan Bahasa Melayu

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-MU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Baca: Bergambar Doa Selepas Solat – Dhuha, Witir, Taubat, Tahajjud

Waktu Solat Dhuha Tamat

Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk.

Manakala waktu tamat Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad keluar menuju tempat Ahli Quba, dikala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya. Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain.

Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku. Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agama-Mu.

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah ku dengan anak-anak yang soleh. Bantulah ku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak aku dan pasanganku.

Peliharalah mereka supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan aku dan pasanganku yang lalu dalam hidup mereka.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mata. Jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepada-Mu sahaja.

Ya Allah Ya Rahman,

Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan. Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirat.

Ya Allah Ya Rahman,

Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.

Baca: Simple – Ucapan Pengantin Baru Buat Sahabat

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agama-Mu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah Ya Rahman,

Selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.

Perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.


Download: Doa Selepas Solat PDF

Koleksi Doa Selepas Solat PDF Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Selepas menunaikan solat khususnya solat fardhu, kita amat digalakkan kita melakukan zikir, wirid, tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar. Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baca: Sweet Wishes for Anniversary to husband

Dari segi bahasa, doa berasal dari kata “da’a” yang bermaksud memanggil.

Manakalan, menurut istilah syarak pula, doa didefinasikan sebagai perbuatan memohon sesuatu yang bermanfaat dan pada masa yang sama mencegah daripada sesuatu yang memudaratkan.


Download: Doa Selepas Solat Hazamin Format PDF


Video Bacaan Doa Selepas Solat Hazamin

30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Mohon Sejahtera Dunia Akhirat

30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon keselamatan dalam agama, duniaku keluargaku dan hartaku kepadaMu. Ya Allah, ya Tuhanku, tutuplah cacatku dan amankanlah ketakutanku, jagalah aku dari depan dan belakangku, dari kanan dan kiriku, dan dari atasku. Aku berlindung dengan keagunganMu, dari segala godaan yang merosak dari bawahKu.


Doa Menghadari Dari Kegelisahan dan Gundah Gulana

30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Ya Allah, ya Tuhanku, bintang-bintang telah tenggelam, dan mata manusia sudah terlelap nyenyak; sedang Engkau Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, tidak mengantuk dan tidak tidur. Ya Allah Yang Maha Hidup, ya Allah Yang berdiri sendiri, tenangkanlah ketika malamku tiba, dan tidurkanlah mataku.


Doa Agar Cepat Melunaskan Hutang

30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Ya Allah, ya Tuhanku, Yang menghilangkan duka, menghapuskan keresahan, dan yang mengabulkan doa kepada orang yang memerlukan; Yang Maha Pengasih Maha Penyayang di dunia mahupun di akhirat. Engkaulah yang memberi kasih padaku, maka berilah aku rahmat, aku yang hendak memerlukan kasih kecuali kepada Engkau. Ya Allah, berilah kecukupan kepadaku dengan harta yang Engkau nyatakan halal, tanpa harta yang Engkau nyatakan haram; dan berilah kecukupan kepadaku dengan anugerahmu, (bukan kepada) selain Engkau.


Doa Menambah Ilmu

Ya Allah, ya Tuhanku, berilah kemanfaatan ilmu yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarlah ilmu yang berguna serta tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah atas seluruh ehwal perbuatanku; dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan ahli neraka.


Doa Dimurahkan Rezeki

Dengan nama Allah atas diri, harta dan agamaku. Ya Allah, ya tuhanku, jadikanlah aku redha dengan ketetapanMu, dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku perlu terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan, dan takkan tertunda sesuatu yang sudah tiba masanya.


Doa Ketika Musibah

Ya Allah, beriklah keampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.


Doa Mohon Diterima Amalan Perbuatan

Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami amal perbuatan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk kepada Engkau, dan jadikanlah diantara anak cucu kami umat yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi

Doa Mohon Keberkatan Rezeki

Ya Allah berkatilah hasil buah-buahan kami, berkatilah negeri kami, berkatilah takaran kami, berkatilah timbangan kami.


Doa Kebahagiaan Dunia Akhirat

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka.


Doa Mohon Rahmat Allah

Ya Allah, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana Engkaulah Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk pembalasan hari yang tidak ada keraguan. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji – Surah Ali Imran: 8-9


Doa Dalam Membuat Keputusan

Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kami dengan adil dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.


Baca: Doa Selepas Solat Rumi – Menyentuh Hati

Doa Mohon Selamat Dari Api Neraka

Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab neraka jahanam dari kami sesungguhnya azabnya itu membinasakan dan kekal. Surah Al-Furqan: 65


Doa Syukur Atas Nikmat

Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal perbuatan soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Baca: Makan di Mee Tarik Warisan Asli Kajang


Doa Mohon Perlindungan Api Neraka

Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berikan keampunan kepada orang-orang bertaubat dan mengikut jalan Engkau dan peliharalah mereka mereka dari seksaan neraka Jahim. – Surah Al Mukmin: 7


Doa Mohon Tempat dan Rezeki

Ya Allah, perbaikilah agamaku (yang menjadi pokok urusanku), lapangkan untukku dalam rumahku dan berikanlah berkat dalam rezekiku. HR at-Tirmizi dan Abu Hurairah

30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu 30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu